Korang pernah tak rasa patung-patung kat dalam rumah korang tu berhantu??? Tak kisah lah mainan adik ke anak buah.. pernah tak rasa pelik-pelik bila tengah malam tiba-tiba ternampak patung tu?
Mitos patung berhantu dah lama menjadi entiti seram dalam kehidupan kita kan sejak cerita Chucky mula ditayangkan dan juga paling epic Annabelle. Namun sebelum ini pun banyak cerita seram melibatkan patung sebagai objek berpuaka malah, ada juga pihak yang percaya patung merupakan perantara buat hantu untuk menganggu manusia.
Huihh seram kan, nak-nak kalau diganggu dengan patung yang berhantu. Yelah bangun-bangun ada patung dari mana-mana pandang kita kat sebelah. Serius meremang. Kenapa min cerita pasal benda ni sebenarnya min ada terbaca dari satu portal ni pasal sebuah keluarga yang merasakan patung mainan anaknya itu berhantu.
Keluarga tersebut beranggapan bahawa anak patung Elsa lama milik mereka mungkin berhantu. Kenapa mereka berfikiran sedemkian? Ini berkutan anak patung itu akan kembali semula ke rumah mereka walaupun ia telah dibuang. Malah, beberapa minggu yang lalu, mereka juga telah memastikan bahawa anak patung itu diambil oleh lori sampah namun ia tetap kembali ke rumah.
Uihh seram kan, berdasarkan laporan portal berkenaan, lebih pelik lagi, anak patung berhantu itu mula bercakap hanya dalam bahasa Sepanyol. Dalam sebuah catatan di Facebook, Emily Madonia, dari Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS), berkata anak patung berkenaan telah ditemui oleh anak perempuannya Aurelia manakala suaminya Mat telah membuang anak patung berkenaan sebanyak dua kali.
Emily mengakui jika dia juga berfikir untuk mencari penyelesaian ‘supernatural’ selepas tidak mampu menjelaskan secara logik bagaimana boneka itu terus kembali.
“Untuk meringkaskan, bagi mereka yang tidak mengikuti kisah boneka Elsa kami, Mat membuangnya beberapa minggu yang lalu dan kemudian kami jumpa di bangku kayu. Baiklah, jadi kami merasa ketakutan dan membungkusnya dengan kuat di dalam tong sampah kami dan meletakkannya di bahagian paling bawah, sedangkan “Di atas terdapat satu lagi beg sampah dan meletakkannya di atas kaki lima dan anak patung itu dibawa oleh pengutip sampah,” kata Emily.
“Hari ini, Aurelia berkata, ‘Ibu, saya melihat anak patung Elsa di belakang rumah, kami juga bingung bagaimana ia boleh kembali malah, kami juga buntu bagaimana nak membuang anak patung berhantu ini,” katanya.
Sebagai usaha terakhir untuk membuang mainan anak patung Disney itu, Emily menghantarnya kepada rakan yang jauh di Minnesota.
“Jika anak patung itu kembali lagi, saya mungkin perlu membuka fikiran untuk mencari penyelesaian supernatural,” kata Emily.
Nasib baik, sahabatnya, Chris Hogan, menerima Elsa di Minnesota dan memberikan fungsi baharu buat boneka puteri itu. Dalam perihalan gambar yang dimuat naik oleh Chris, dia menulis:
“… dan kini kisah seterusnya, dia berjaya ke Minnesota dan menjadi hiasan untuk Jeep saya,” jelasnya.
“Jika sesuatu yang aneh berlaku, saya akan mengikatnya ke paip keluli dan tenggelam di Tasik Woods,” tutup Chris.
Huihh tak terjangkau dek akal macam mana patung tu boleh balik ke rumah meskipun dah dibuang olrh tuannya.
Dari segi logik mungkin ada yang memulangkan tapi kalau iya macam mana lah tukang kutip sampah boleh ingat rumah empunya Elsa tu, logiknya dia mesti dah pergi ke berates rumah untuk kutip sampah. Hmmm kalau benar-benar berhantu lepas ni rasa nak beli lagi tak patung Elsa guys????