Seremban gateway port makan yang awesome

Kredit: edgeprop.my

Min merasa bangga lah selaku orang Nogori Sembilan yang Seremban dah naik taraf Bandar Raya. Itu lah bila dah naik taraf ni maka banyaklah pembangunan boleh berkembang termasuk sektor pelancongan.

Tetapi tidak kisahlah even taraf perbandaran ke atau Bandar Raya ke, pada min Seremban always ada kenangan paling dekat sebab kat situlah min belajar erti entertainment, tengok wayang, lepak makan fast food (selain KFC yang ada kat daerah min) dan beli pakaian yang hip dan style. 

Image result for masak lemak cili api

Tapi yang paling best kat Seremban ialah port-port makan yang onz dan memang menambat selera. Kalau siapa orang Seremban pastinya tahu mana nak cari makanan best malah, Seremban juga boleh dikatakan food destination yang terdekat kalau dari Kuala Lumpur.

So sempena naik taraf Bandar Raya Seremban min nak kongsilah dengan korang semua lokasi makan-makan menarik di Seremban. Mana tahu boleh lepas ni pergi try bawak family makan-makan.

1. Restoran Selera Nogori

Image result for Restoran Selera Nogori
Kredit: tripifyapp.com

Dah tentu kalau ke Nogori Sembilan mesti nak rasa masakan asli masak lemak cili apinya kan. Makanya kalau ke Seremban bolehlah singgah di Restoran Selera Nogori yang menyediakan masakan Melayu/ Negeri Sembilan dalam bentuk layan diri. Kalau ke sini kompem rambang mata dengan kira-kira 30 jenis masakan yang sedap untuk dipilih.

Selalunya kedai ni memang penuh dengan pelanggan malah ada yang sampai kene menunggu untuk dapat meja. Jadinya kalau ke sini kene datang awal. Kedainya bersih layananya juga tip top. Rasa makanannya juga always maintain sebab tu ramai yang datang Seremban dan penduduk tempatan always repeat datang sini.

2. Restoran D’Pantai

Related image
Kredit: greenisland.com

Namanya D’Pantai tapi bukannya kedai ini di tepi pantai yer. Kedai ini dinamakan sempena nama mukim daerahnya iaitu Pantai. Dibuka sejak Jun 2008, Restoran D’Pantai menawarkan menu yang istinewa seperti Kambing Panggang dan Ikan Tilapia serta Siakap segar sebagai hidangan istimewa di restoran mereka.

Selain makanan laut, korang juga mempunyai pilihan makanan Barat dan tempatan seperti mee hailam, nasi goreng, dan lauk-pauk masakan Melayu. 

3. Mr Manshor Kopitiam Power

Image result for Mr Manshor Kopitiam Power
Kredit: saji.my

Siapa sini coffee lover? Jangan cakap min tak umbrella port minum kopi power kat Nogori Sembilan yer. Korang yang suka kopi tu leh lah pergi Mr Manshor Kopitiam Power. Sekali cuba, pasti nak repeat lagi. Ada bermacam-macam kopi, antaranya Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Kopitiam Power dan Kopi Burung Walit.

Selain menyediakan kopi yang beraneka, Mr Manshor Kopitiam juga mempunyai menu lain seperti Nasi Lemak, Roti Bakar, Sup Ayam, Sup Kambing, Mee Bandung, Mee Rebus, dan Mee Udang.

4. City Park Oriental Seremban 2

Image result for City Park Oriental Seremban 2
Kredit: beacontown.net

Nak cari kelainan, kat Seremban juga ada banyak restoran makanan Cina Muslim. Salah satunya ialah City Park Oriental Seremban 2, Kat sini bukan sahaja menyediakan variasi makanan Cina Muslim yang enak, lokasinya yang dekat dengan taman tasik Seremban 2 juga sangat menyenangkan. Pada masa sama kedainya juga sangat bersih dan family friendly.

Kat sini menu yang boleh di try test cuba adalah udang butter, ayam butter, ketam masam manis, ayam kung pao, ikan stim halia dan tofu.

5. Haji Shariff Cendol Seremban 2

Image result for Haji Shariff Cendol Seremban 2
Kredit: curioustraveller.com

Dah puas makan savoury food apa kata pekena cendol. The best Cendol di nogori katanya Haji Shariff Cendol. Telah beroperasi sejak 1950an, dahulunya di kawasan Seremban Lake Garden, Haji Shariff Cendol menyediakan pelbagai jenis cendol dengan pelbagai pilihan perisa seperti kacang merah, pulut, dan jagung.

Selain cendol, mereka juga menyediakan rojak yang tidak kurang hebatnya.

So korang min baru lisat lima daripada banyak lagi lokasi makan best kat Seremban, kalau korang ada suggestion restoran lain yang menarik boleh lah share kat komen, min pun akan discover lagi tempat makan menarik untuk share dengan korang.

Raja Lepak

Read Previous

Go Eat Trending kerana offer pilihan makanan Home Cooked

Read Next

Himpunan Kisah kebetulan yang Aneh dunia (Part 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *