Himpunan Kisah kebetulan yang Aneh dunia (Part 1)

Kat luar negara selalunya akan ada ruang atau seksyen berita web mahupun perkongsian di laman sosial yang melaporkan tentang berita yang pelik dan aneh. Min sebenarnya suka juga baca berita aneh dan pelik ni sebab ia memberikan sisi dan sudut pandangan serta pengetahuan yang berbeza. 

Banyak kisah misteri dan kejadian aneh di dunia ini yang belum terungkap. Min kali ini nak kongsikan dengan anda beberapa perkongsian berita yang dianggap kebetulan aneh dan sebenarnya terjadi di dunia kita ni. So min tak nak membebel panjang-panjang so korang bacalah ni.

1. Final Destination Versi Kisah Nyata

Image result for final destination

Kalau korang pernah tengok sekuel filem Final Destination korang pasti tahu jalan ceritanya yang berkisar tentang sekumpulan mangsa situasi yang terselamat daripada bencana namun masih diburu oleh kematian.

Sebenarnya kalau korang semua nak tahu khabarnya filem ini diilhami oleh kisah nyata seorang pemuda bernama Henry Ziegland.

Image result for Henry Ziegland

Kisah itu bermula ketika Ziegland memutuskan tali pertunangan dengan seorang gadis. Sang gadis yang merasa malu dan kecewa memutuskan untuk membunuh diri. Kakak gadis itu pun tidak terima dan membunuh Ziegland dengan menembak kepalanya.

Setelah yakin sasarannya maut, si kakak pula memilih untuk bunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri. Namun aneh tapi nyata, ternyata Ziegland tidak mati, peluru itu hanya tersasar dari kepalanya dan terkena  pohon besar di halaman rumahnya.

C:\Users\Nazreen\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.MSO\CC9AAA98.tmp

Ziegland pun kemudian menjalani hidupnya dengan normal kembali. Sepuluh tahun kemudian, Ziegland memutuskan untuk merobohkan pohon besar itu untuk merenovasi rumah.

Karena pohon itu terlalu besar, gergaji dapat memotongnya, Ziegland memutuskan untuk menggunakan dinamite. Saat dinamite meledak, peluru yang tertancap di pohon besar itu melesat kencang menembus kepala Ziegland dan menyebabkan dia terbunuh. Sepertinya memang sudah tertulis peluru itu merupakan punca kematian Ziegland meskipun 10 tahun lalu tersasar pada pohon berkenaan.

2. Buku Jack Frost and Other Stories Yang Hilang ditemukan semula 

Image result for Jack Frost and Other Stories

Anne Parrish adalah seorang penulis novel dan cerita kanak-kanak terkenal yang lahir di Colorado Springs. Wanita ini telah mendapat tiga kali pingat Newberry Medal atas dedikasinya.

Suaminya adalah seorang pengusaha berjaya bernama Charles Albert Corliss. Tinggal di Claymont, Delaware, Amerika Syarikat, keduanya mempunyai hobi yang sama, iaitu membaca buku dan bercuti. Semasa percutian ke Paris, Anie melihat sebuah buku yang menarik perhatiannya.

Buku berjudul Jack Frost and Other Stories itu dia dapati di sebuah kedai buku. Buku itu adalah buku kesukaannya ketika masih kecil, namun karena rumahnya dimasuki pencuri buku itu turut sama hilang.

Image result for Jack Frost and Other Stories

Anne pun segera membeli bekas buku itu dan berniat membawa pulang ke Amerika Syarikat. Namun, betapa terkejutnya suami Anne ketika membuka laman pertama buku itu dan melihat ada tulisan, “Anne Parrish, 209 N. Weber Street, Colorado Springs.”.

Itu bererti bahawa buku itu adalah buku kesayangannya saat kecil yang sudah hilang sejauh ribuan kilometer.

Image result for Jack Frost and Other Stories

Kedua-dua kisah ini amat aneh dari sudut ia menceritakan tentang kebetulan yang tidak di sangka. Sebuah filem yang digarap mendapat ilham daripada kejadian sebenar bahawa kematian tidak akan lewat walau sesaat dan kisah sebuah buku yang ditemui oleh pemiliknya sendiri selepas belayar jauh ribuan kilometer. Banyak lagi sebenarnya kisah aneh dan pelik yang min nak kongsi. Nantikan di perkongsian seterusnya di Raja Lepak.

Raja Lepak

Read Previous

Seremban gateway port makan yang awesome

Read Next

Lokasi asam pedas umphh luar Melaka dan Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *