Sembang tentang tempat makan kita tahu di Malaysia “especially” di Kuala Lumpur ni banyak lubuk makanan yang boleh diterokai dan pada masa sama menyajikan aneka pilihan makanan yang enak-enak. Daripada gerai tepi jalan hingga “fine dining” sebut je kat mana, mesti ada lokasi yang boleh kita “suggest”.
Memandangkan Raja Lepak “always talk about food”, makanya kali ini kita orang nak “share” sikit kat kamu orang semua lokasi makanan yang best boleh singgah dan worthy to try. Katanya lokasi ni menyajikan makanan yang enak-enak dan boleh buat craving nak pergi lagi.
Lokasi kali ini kita akan ke Kampung Baru. Serba sedikit tentang Kampung Baru kita tahu lokasi yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur ni merupakan lokasi wajib tuju untuk menjamu selera dan juga merupakan lubuk makanan yang popular di Malaysia. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman min so ini adalah lokasi tempat makan pilihan Raja Lepak untuk rujukan kamu semua.
1. Gerai Pak Hassan
Kalau teringin nak cuba “breakfast” roti canai dengan kuah kari kaki ayam yang padu, anda boleh ke Gerai Pak Hassan yang popular dengan sajian ini. Karinya yang pekat, kaki ayam yang lebut malah roti yang gebu dan garing semestinya akan memikat selera anda boleh bikin ketagih.
Selain roti canai dengan kuah kari kaki ayam, anda juga boleh mencuba sajian nasi ayam yang tidak kurang enaknya. Nasi Lemaknya juga antara sajian sarapan yang paling win dipadu dengan sambal sotong yang mantap semestinya gerai ini wajib diterjah untuk menikmati sarapan pagi yang heaven.
2. Nasi Lemak Wanjo
Kalau dengar nama Nasi Lemak Wanjo, pastinya semua dah tahu di sini merupakan restoran nasi lemak yang the best di Kuala Lumpur. Terkenal dengan hidangan nasional, Nasi Lemak resepi turun temurun, restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung yang sememangnya beratur untuk menikmati keenakkan Nasi Lemak Wanjo.
Pada pendapat min nasi lemak di sini mempunyai keistimewaan yang tersendiri, nasinya gebu dan lembut, lemaknya terasa malah aromanya dari jauh dah boleh bau. Sambalnya pula memang ngam dan cukup rasa. Di sini turut dihidangkan aneka lauk pauk yang boleh dipadankan dengan nasi anda. Jadinya diingatkan supaya tidak terlalu tamak yer banyak lauk banyak lah harga yang kena bayar nanti.
3. Suraya Seafood
Sebut pasal Seafood pastinya korang akan teringat aneka makanan yang dihidangkan di sini, Ya sememangnya kat Suraya Seafood korang akan dapat menikmati pelbagai juadah makanan Thai yang enak-enak dan sedap. Daripada sajian makanan laut sehingga dessert pulut mangga semuanya menepati citarasa.
Tambahan pula di sini anda boleh menikmati pilihan lok ching dan the hijau yang akan buat anda throwback memori makan-makan di Thailand. Di sini turut dihidangkan sajian tempatan seperti nasi dagang dan nasi kerabu.
4. HR Steak House
Nak makan makanan western? Haa di sini korang boleh menikmati makanan barat yang pelbagai dan pada masa sama enak serta berpatutan. Daripada chicken chop, beef steak ke lamb chop semuanya memang worthy to try. Apa yang istimewanya adalah kuah black pepper yang sangat well cooked dan cukup rasa. Malah portionnya amat puas hati serta dapat mengenyangkan perut yang tengah lapar tu.
5. Nasi Bubur Berlauk Kak Mah
Siapa yang minat makanan Pantai Timur, restoran ini merupakan lokasi yang wajib try. Bagi min star dish kat sini adalah nasi bubur nya yang memang terbaik. Tambahan pula dengan aneka pilihan lauk yang di masak fresh. Sememangnya kalaiu craving nasi bubur boleh ke sini. Selain nasi bubur ada juga pilihan makanan panas yang enak dan superb.
So guys ini baru lima, masih banyak lagi lokasi yang min akan list untuk posting akan datang so stay tuned dan pastikan korang always support Raja Lepak ok..