Kalau anda pernah menonton filem “The Forest” sebuah kisah seram kolaborasi produksi Amerika Syarikat dan Jepun mengisahkan tentang hutan menyeramkan Aokigahara di Jepun. Tahu tak korang yang hutan ni memang benar-benar wujud dan ia menyimpan pelbagai versi kisah seram yang bukan biasa-biasa?
Sedikit sejarahnya hutan Aokigahara ni, menurut Wikipedia, Aokigahara adalah sebuah hutan yang terletak di barat laut Gunung Fuji, yang terbentang dari Bandar Kawaguchiko ke Kampung Narizawa, Wilayah Yamanashi. Aokigahara juga dikenali sebagai “hutan pokok laut” dan “lautan pokok Gunung Fuji”. Jadi dipanggil kerana jika angin meniup pepohonan di sana ia kelihatan seperti ombak di laut. Umur hutan dianggarkan sekitar 1200 tahun. Hutan ini dikenali sebagai tempat bunuh diri yang popular di Jepun.
So guys kisahnya kenapa hutan ini dianggap keras oleh penduduk di Jepun sendiri kerana ia menjadi lokasi bunuh diri yang paling lama malah dahulu ada ritual yang diamalkan dan menjadikan hutan ini sebagai tempat buangan. (orang tua yang dibiarkan dalam hutan untuk mati sendiri).
Kiranya kalau mahu meneroka hutan ini sememangnya tidak digalkkan untuk pergi berseorangan. Malah tidak digalakkan juga untuk masuk ke hutan ini pada waktu malam. Dipercayai hutan ini banyak menyimpan kisah duka manusia yang sanggup untuk membunuh diri daripada terus hidup. Malah, dikatakan mereka yang bunuh diri di situ, rohnya gentayangan di dalam hutan dan menjadi penghuni di sana.
Ini ada beberapa fakta menarik yang mungkin korang nak tahu tentang hutan ini,
Beratus-ratus orang telah membunuh diri di Hutan Aokigahara.
Banyak mayat bunuh diri telah ditemui oleh ahli keluarga. Tetapi ada juga beberapa mayat yang hilang tanpa jejak. Sama ada ia telah dimakan oleh binatang liar atau badannya hilang secara misteri. Dari data rasmi Hutan Aokigahara, terdapat sekitar 105 orang yang membunuh diri di tempat itu.
Pokok-pokok rimbun digunakan secara meluas untuk menggantung diri mereka sendiri.
Di sebalik suasana yang subur dan ketenangan pokok padat yang ada di sini, nampaknya ia menyimpan banyak cerita menakutkan di dalamnya. Ramai orang menggantung diri menggunakan pokok itu. Kemudian badan berbaring atau hanya digantung untuk masa yang lama. Misteri tentang mayat mayat itu hanya hilang.
Terdapat papan larangan bunuh diri, tetapi ramai yang masih membunuh diri.
Tanda-tanda mengenai larangan bunuh diri sebenarnya telah dipasang di hutan ini. Amaran itu sengaja dipasang untuk mencegah lebih ramai orang yang ingin membunuh diri di tempat ini. Papan tanda itu menyatakan ayat “Beri perhatian pada keluarga dan anak-anak anda, anda tidak hidup bersendirian”.
Orang yang bunuh diri kebanyakannya dari pegawai dan orang penting.
Mereka yang membunuh diri di hutan ini bukannya orang yang menceroboh. Kebanyakan mereka merupakan mereka yang mempunyai kedudukan tinggi di sebuah syarikat di Jepun. Dianggarkan bahawa orang yang membunuh diri di hutan ini adalah mereka yang berumur sekitar 40 tahun hingga 50 tahun. Rata-rata mereka difahamkan tertekan dengan keadaan hidup.
Terdapat dua gua misteri di hutan Aokigahara.
Hutan Aokigahara mempunyai nuansa khusus keindahan dengan udara sejuk dan hutan yang subur dan tebal. Di tempat ini terdapat dua gua misteri yang terletak berdekatan iaitu Gua Angin dan Gua Ais. Jalan masuk gua ini seperti lubang besar di tanah dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang memasukinya.
So guys ada tak yang nak pergi ke hutan ni? Kalau ada yang dah pergi atau nak perg nanti kalau boleh sharelah pengalaman kat sana dalam ruang komen.