Domino’s Bawa Kembali Sambal Pizza Dengan Rasa Lebih Pedas, Pekat Dan ‘Kick’!

Kalau sebut sambal, memang susah nak lari daripada selera orang Malaysia. Daripada nasi lemak waktu sarapan, makan tengah hari bersama keluarga sampailah ke jamuan perayaan, sambal boleh dikatakan sentiasa ada tempat di hati rakyat Malaysia. Menjelang sambutan Merdeka pula, Domino’s Pizza nampaknya mahu meraikan rasa yang cukup dekat dengan rakyat Malaysia ini menerusi kembalinya Sambal Pizza.


Untuk kemunculan semula kali ini, Domino’s menawarkan tiga pilihan Sambal Pizza yang boleh dicuba. Pizza Sambal Bilis Rangup hadir dengan keju mozzarella yang cair, ikan bilis rangup dan tomato ceri. Ia kemudiannya dilengkapkan dengan sos sambal berkrim yang memberikan rasa pedas dalam setiap gigitan.

Kalau lebih suka ayam, ada pula Pizza Sambal Ayam Bakar. Ia menggabungkan mozzarella, ayam panggang, lada hijau, cili jeruk, bawang dan nanas. Sos sambal berkrim turut ditambah untuk memberikan rasa sambal yang lebih ‘kick’. Manakala, Pizza Sambal Udang menampilkan mozzarella, udang segar, ikan bilis rangup, cili jeruk, bawang dan nanas. Tidak ketinggalan sos sambal berkrim untuk melengkapkan keseluruhan rasa.

Ketiga-tiga pilihan ini kemudiannya disatukan di bawah nama Geng Piza Rakyat yang menjadi satu rangkaian yang mengetengahkan cita rasa sambal yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Sambal Pizza New & Improved ini ditawarkan untuk tempoh terhad sahaja di semua cawangan Domino’s seluruh negara termasuk untuk makan di restoran, bawa pulang dan penghantaran. Pesanan boleh dibuat menerusi laman web, aplikasi Domino’s ataupun terus ke mana-mana cawangan Domino’s berdekatan.

Raja Lepak

Read Previous

Starbucks Malaysia X Mr. Men Little Miss – Koleksi Comel Untuk Setiap Personaliti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *