Starbucks Berkolaborasi Bersama MOLLY – Koleksi Istimewa Sempena 20 Tahun Ikon POP MART

Kalau anda peminat MOLLY, ini mungkin antara koleksi yang paling susah untuk dilepaskan. Starbucks dan POP MART kini bergabung untuk meraikan ulang tahun ke-20 watak ikonik tersebut menerusi koleksi eksklusif Asia Pasifik yang menggabungkan dunia seni, kopi dan imaginasi dalam satu pengalaman.

Bermula 10 Ogos 2026, kolaborasi terhad ini akan memperkenalkan tiga interpretasi khas MOLLY yang direka sempena ulang tahun ke-20 nya. MOLLY tampil dalam tiga karakter berbeza iaitu Artist, Cherub dan Siren, masing-masing mengetengahkan sisi keperibadian dan imaginasi yang berbeza.

Bagi melengkapkan sambutan ulang tahun ke-20, Starbucks turut memperkenalkan pilihan Frappuccino Blended Beverage yang diinspirasikan daripada tiga sisi artistik MOLLY. Setiap pasaran menampilkan minuman tersendiri yang mengambil inspirasi daripada personaliti dan dunia warna-warni MOLLY. Antaranya termasuk kombinasi berasaskan matcha dan cocoa, memberikan pengalaman rasa yang berbeza sambil mengekalkan konsep minuman buatan tangan Starbucks.

Selain minuman, Starbucks dan POP MART turut memperkenalkan rangkaian merchandise edisi terhad yang mengetengahkan tiga rekaan eksklusif MOLLY sempena ulang tahun ke-20. Koleksi tersebut merangkumi stainless steel tumbler, mug dan tote bag, dengan setiap barangan menampilkan MOLLY sebagai Artist, Cherub atau Siren menerusi ilustrasi berwarna-warni dan perincian yang menarik.

Antara yang paling mencuri perhatian ialah Starbucks Bearista Glass Cold Cup edisi khas. Untuk koleksi ini, karakter Bearista diolah sebagai MOLLY the Artist lengkap dengan beret ikonik serta aksesori yang sepadan. Gabungan dua karakter ini menjadikan gelas tersebut antara barangan koleksi yang cukup menarik untuk peminat Starbucks dan MOLLY.

Bagi menjadikan sambutan ini lebih daripada sekadar koleksi merchandise, beberapa cawangan Starbucks di Malaysia turut menerima sentuhan khas bertemakan MOLLY.

Antaranya ialah:

  • Starbucks Sunway Pyramid
  • Starbucks Arcoris Mont Kiara
  • Starbucks Reserve Gurney Plaza

Pengunjung juga berpeluang meneroka elemen interaktif dan perincian visual yang direka berdasarkan semangat ekspresi diri MOLLY. Ia memberikan ruang kepada peminat untuk memilih rekaan MOLLY yang paling dekat dengan personaliti mereka, selain merakam gambar sebagai kenangan. Kolaborasi Starbucks x POP MART MOLLY ini akan mula tersedia di Malaysia dan beberapa pasaran terpilih di Asia Pasifik bermula 10 Ogos 2026, dan ditawarkan selagi stok masih ada.

Raja Lepak

Read Previous

ABARO Lancar Kasut Khas Sepak Takraw Sempena SUKMA 2026, Perkenalkan Kempen ABARO Langkah Juara

Read Next

Inside Scoop Bawa 9 Jenama Tempatan Ke Dalam Koleksi Aiskrim Lokal Legends 2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *