ABARO Lancar Kasut Khas Sepak Takraw Sempena SUKMA 2026, Perkenalkan Kempen ABARO Langkah Juara

Jenama kasut tempatan ABARO terus memperkukuhkan komitmennya terhadap pembangunan sukan sepak takraw di Malaysia menerusi pelancaran ABARO Takraw, kasut yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan atlet dan peminat sukan tersebut menjelang temasya SUKMA 2026.


Pelancaran ini turut menyaksikan pengenalan Kempen ABARO Langkah Juara, sebuah inisiatif yang bukan sahaja bertujuan mempromosikan kasut baharu itu malah menjadi platform untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya golongan muda untuk mendekati sukan sepak takraw serta menyokong pembangunan bakat tempatan.

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, ABARO turut mengumumkan pemain sepak takraw kebangsaan dan pemenang pingat emas Sukan SEA iaitu Farhan Adam sebagai ABARO Takraw Pro. Beliau berharap usaha ini mampu memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi sukan sepak takraw sambil merasai sendiri pengalaman menggunakan kasut yang direka khas mengikut keperluan permainan.


Dibangunkan dengan fokus terhadap prestasi di gelanggang, ABARO Takraw menawarkan gabungan keselesaan, kestabilan dan fleksibiliti bagi membantu pemain memberikan aksi terbaik. Kasut ini menggunakan tapak luar getah anti-gelincir untuk meningkatkan cengkaman ketika bergerak pantas, manakala tapak dalam getah penyerap hentakan memberikan keselesaan yang lebih baik sepanjang permainan.

Selain itu, tapak luar yang fleksibel direka untuk menyokong pergerakan lebih lincah ketika melakukan pelbagai teknik permainan, termasuk libasan. Bagi meningkatkan ketahanan, bahagian hujung kasut turut dilengkapi dengan pelindung getah yang memberikan perlindungan tambahan ketika melakukan sepakan berulang kali. Rekaan gelung pada bahagian belakang kasut pula memudahkan proses pemakaian, manakala pilihan warna hitam dan putih memberikan penampilan yang ringkas serta sesuai digunakan dalam pelbagai situasi.


Bersempena dengan sambutan SUKMA 2026, ABARO turut menganjurkan #RajaLibasChallenge, pertandingan digital yang berlangsung dari 3 hingga 31 Ogos 2026. Kempen yang diterajui oleh Farhan Adam ini mengajak peminat sepak takraw di seluruh negara untuk mempamerkan aksi libas terbaik mereka menerusi platform Instagram atau TikTok.

Untuk menyertai cabaran ini, peserta hanya perlu merakam aksi libas masing-masing, memuat naik video tersebut di Instagram atau TikTok dengan menggunakan tanda pagar #RajaLibasChallenge serta menandakan akaun rasmi @abaroshoes. Penyertaan kemudian perlu dilengkapkan dengan menghantar kata kunci “LIBAS” melalui mesej langsung (DM) ke akaun rasmi ABARO di kedua-dua platform tersebut.


Seramai lima pemenang utama bakal membawa pulang sepasang kasut ABARO Takraw yang ditandatangani dengan inisial Farhan Adam, jersi ABARO bertandatangan serta baucar ABARO bernilai RM200. Sementara itu, 10 pemenang hadiah saguhati akan menerima baucar ABARO bernilai RM100 bersama jersi ABARO yang turut ditandatangani oleh Farhan Adam.

Untuk harga, ABARO Takraw ditawarkan pada RM59.99 sepasang. Sempena pelancarannya, pelanggan turut boleh menikmati diskaun 20% bagi pembelian melalui laman web rasmi ABARO untuk tempoh yang terhad. Selain itu, kasut ini juga boleh didapati menerusi kedai rasmi ABARO di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Raja Lepak

Read Previous

HONOR Watch 6 Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM699

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *