Khairul Aming Memperkenalkan Sambal Nyet Bilis, Produk Kedua Dalam Koleksi Sambal Nyet

Selepas enam tahun dikenali dengan Sambal Nyet Berapi, Khairul Aming akhirnya mengumumkan produk keempat di bawah jenama Sambal Nyet, iaitu Sambal Nyet Bilis. Sejak pelancaran Sambal Nyet Berapi pada 2020, jenama tersebut hanya mengekalkan satu variasi sambal sepanjang enam tahun. Walaupun memperkenalkan beberapa produk baharu seperti Dendeng Nyet Berapi dan Rendang Nyet Berapi, Sambal Nyet Berapi kekal menjadi satu-satunya pilihan dalam kategori sambal.

Menurut perkongsian Khairul Aming di media sosial, Sambal Nyet Bilis diinspirasikan daripada sambal tradisional yang menggunakan ikan bilis untuk menghasilkan rasa yang lebih “kick”, lebih kuat dan lebih umami, seakan-akan sambal yang sering disediakan di rumah suatu ketika dahulu. 

@khairulaming

Memperkenalkan produk keempat Khairulaming Selepas 6 tahun berniaga dengan satu sambal sahaja, akhirnya kita dah bersedia untuk keluarkan sambal yang baru. Rasa yang berbeza, lebih kick dan menggunakan lebih banyak bahan Product launch kali ni akan jadi product launch terbesar yang KA pernah buat, jadi nantikan pengumuman seterusnya sepanjang minggu ni. Terima kasih guys for your support selama ni, pejam celik dah 6 tahun kita berniaga bersama 🥹

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Sambal ini menggunakan 75% cili hijau dan 25% cili merah. Gabungan ini memberikan rasa pedas yang lebih lembut, berlemak dan wangi berbanding sambal merah biasa. Selain itu, resipi turut diperkaya dengan tomato segar, daun limau purut serta belacan bagi menghasilkan rasa yang lebih seimbang dan aromatik.

Untuk pelancaran pertama, sebanyak 125,000 botol akan disediakan dan mula dijual pada 7 Ogos 2026 menerusi siaran langsung di akaun TikTok Khairul Aming.

Raja Lepak

Read Previous

Street Fighter Di Pawagam Disember Ini – Kemunculan Jason Momoa Sebagai Blanka Jadi Perhatian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *