Street Fighter Di Pawagam Disember Ini – Kemunculan Jason Momoa Sebagai Blanka Jadi Perhatian

Bagi mereka yang membesar pada era permainan arked atau konsol, nama Street Fighter sememangnya tidak asing lagi. Ryu, Ken, Chun-Li, Akuma, Guile dan Blanka merupakan antara karakter ikonik yang membentuk salah satu francais permainan pertarungan paling popular di dunia.

Trailer Street Fighter

Kini, selepas sekian lama Street Fighter kembali dalam bentuk filem aksi nyata (live-action). Paramount Pictures akhirnya mempertontonkan treler rasmi yang memberikan gambaran lebih jelas mengenai pertarungan ikonik, rekaan karakter serta barisan pelakon yang bakal menghidupkan dunia Street Fighter di layar perak. Filem ini dijadualkan ditayangkan di pawagam bermula 16 Oktober 2026.


Antara yang paling mencuri perhatian sudah tentunya ialah penampilan Jason Momoa sebagai Blanka. Pelakon yang terkenal menerusi watak Aquaman dalam DC serta yang membawa watak Lobo dalam filem Supergirl bakal tampil dengan sebagai Blanka lengkap dengan kulit hijau, rambut oren dan gaya bertarung yang menyerupai versi permainan video.

Treler ini turut memberikan gambaran pertama tentang skala pertarungan, rekaan lokasi serta kesan visual yang diinspirasikan daripada siri permainan asal. Sama ada ia mampu memenuhi jangkaan peminat, segalanya bakal terjawab apabila filem ini ditayangkan pada 16 Oktober nanti. 

Raja Lepak

Read Previous

Selepas 9 Tahun, Formula 1 Akhirnya Kembali Ke Litar Sepang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *