Google Pixel Bawa Plushie Edisi Bola Sepak Ke Malaysia – Terhad Kepada 200 Penebusan Sahaja

Google Pixel kini memperkenalkan Football Edition Google Pixel Plushie buat julung kalinya di Malaysia sebagai sebahagian daripada Kempen Bola Sepak Google Pixel. Menariknya, plushie edisi khas ini bukan dijual kepada umum, sebaliknya hanya boleh dimiliki menerusi penebusan yang layak sepanjang tempoh kempen dan berjaya melengkapkan proses penebusan dalam talian. 


Sehubungan dengan itu, Google Pixel Plushie sememangnya dikenali sebagai koleksi eksklusif yang sebelum ini hanya ditawarkan melalui aktiviti terpilih dan pemberian khas di beberapa negara. Untuk edisi bola sepak ini, ia hadir dengan rekaan bertemakan sukan tersebut yang dilengkapi dengan jersi mengikut tema warna ikonik Google dan logo “G” pada bahagian hadapan serta bola sepak sebagai pelengkap.

Hanya 200 penebusan pertama di seluruh Malaysia akan menerima Football Edition Google Pixel Plushie ini berdasarkan konsep first come, first served selagi stok masih ada. Pelanggan yang membeli peranti Google Pixel yang layak daripada rakan niaga terpilih seperti Maxis, U Mobile, Senheng, senQ, Urban Republic, TMT dan Switch Solution boleh membuat penebusan secara dalam talian untuk berpeluang memilikinya.

Kempen Bola Sepak Google Pixel berlangsung sehingga 31 Julai 2026. Selain penebusan barangan eksklusif bertemakan bola sepak, pengguna turut boleh menyertai Pixel Spotter Challenge dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk Google Pixel 10a, Pixel Watch 4 serta Pixel Buds 2a. Maklumat lanjut mengenai kempen dan proses penebusan boleh didapati menerusi laman web pix-perks.com

Raja Lepak

Read Previous

RosΓ© BLACKPINK Menjadi Wajah Kempen Untuk PUMA Speedcat Yang Baharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *