Apabila berjumpa atau habiskan masa bersama keluarga, rakan-rakan mahupun yang tersayang, snek adalah antara makanan yang mudah untuk dibawa supaya boleh dinikmati bersama.
Justeru dengan itu, LEXUS, jenama popular dibawah Munchy’s memperkenalkan snek baharu yang menarik iaitu Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang.
Snek yang menggabungkan keseimbangan rasa manis dan masin dengan kepekatan biskut coklat dan krim panggang dalam setiap gigitan. Ianya sempurna dan pastinya mengembalikan detik-detik keceriaan semasa nikmatinya.
Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang ini diperkaya dengan taburan garam Himalaya untuk menawarkan gabungan rasa masin dan manis yang seimbang. Ditambahkan lagi, Krim Kacang Panggang yang halus dan beraroma diperbuat daripada kacang tanah sebenar bagi memberikan rasa kacang yang kaya dan menyelerakan. Bukan itu sahaja, peknya yang kecil dan direka secara khas memudahkan anda untuk nikmatinya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Snek ini adalah pilihan ideal untuk anda nikmati ketika berehat, berkongsi dengan tersayang mahupun pada mereka yang mencari snek yang mudah, sempurna dan mengenyangkan rasa lapar. Selain itu, ia juga dapat mencipta detik keceriaan bersama yang tersayang menjadikan setiap saat lebih istimewa.
Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang (190g) kini boleh didapati di pasar raya berdekatan dan pasar raya besar di seluruh negara pada harga runcit iaitu RM6.20. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rsmi Munchy’s (http://www.munchys.com/) atau ikuti Munchy’s di Instagram (http://www.instagram.com/munchys.my/) dan Facebook (http://www.facebook.com/munchys/).