Automechanika KL 2025 Gegar KLCC! Pameran Automotif Terbesar Kini Menjadi Tumpuan Ramai

Pameran automotif terkemuka, Automechanika Kuala Lumpur 2025, telah membuka tirainya secara rasmi pada 15 Mei 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Acara ini dirasmikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Faizal Mohd Yusof, dan menghimpunkan 311 pempamer dari 21 negara. Pameran ini berlangsung dari 15 sehingga 17 Mei yang mengambil tempat di enam dewan pameran, menampilkan pelbagai jenis kenderaan termasuk model pasaran domestik Jepun (JDM), kereta klasik, dan kereta modifikasi audio.  

‘Automechanika Kuala Lumpur telah menjadi medan niaga utama dalam industri automotif tempatan selama lebih 20 tahun. Matlamat kami adalah untuk menyerlahkan kekuatan Malaysia dalam rantaian bekalan serta mewujudkan pintu masuk ke pasaran antarabangsa.’ kata Fiona Chiew, Pengurus Besar Messe Frankfurt (HK) Ltd.

Antara tarikan utama ialah bengkel latihan praktikal yang menfokuskan dalam baik pulih kemalangan, termasuk teknologi enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan tenaga baharu (NEV). Bengkel ini memberi tumpuan kepada keselamatan kenderaan elektrik (EV), pembaikan voltan tinggi, serta demonstrasi mengecat kenderaan secara langsung. 

Dalam masa yang sama, autoFEST@KL turut menjadi tumpuan pengunjung umum dengan kombinasi pameran kenderaan ubah suai, serta teknologi pasaran selepas jualan. Menjadikan acara ini sebagai saluran pendidikan yang mudah diakses tentang inovasi pembaikan dan penyelesaian mobiliti yang lestari. 

Ketahui lebih lanjut tentang pameran-pameran yang akan datang dengan layari laman web www.automechanika-kl.com 

Raja Lepak

Read Previous

Gandakan Keceriaan Dengan Snek Baharu, Munchy’s LEXUS Roasted Peanut!

Read Next

Etika Brader Motor: Perjalanan Jarak Jauh 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *