Kaki shopping, ini peluang utk penuhkan cart tapi dapat jimat hebat! Bermula 5 Jun (8PM) hingga 8 Jun 2024, 6.6 Jualan Paling Wow Lazada ada macam-macam tawaran dan diskaun hebat merentasi semua kategori dan jenama. Daripada produk kecantikan hingga barangan keperluan dapur, pakaian wanita hingga barangan rumah, pesta membeli-belah ini akan menyenangkan hati pembeli dengan pelbagai tawaran dan pakej yang tidak dapat ditandingi, menjanjikan harga terbaik, hadiah percuma, dan banyak lagi.
Khazanah Fesyen dan Kecantikan
Bagi mereka yang ingin meneroka dan menemui fesyen terbaik, atau sekadar menambah stok barangan kecantikan mereka, 6.6 Jualan Paling Wow menawarkan pelbagai jenama dan produk bagi pengguna untuk kekal bergaya dan mengikuti trend terkini. Sama ada anda ingin memperbaharui koleksi pakaian anda atau menaik taraf rutin kecantikan anda, beli dari jenama kecantikan terkemuka seperti AVEDA, Beauty of Joseon, SKINTIFIC, dan L’Occitane, serta manfaatkan harga yang berbaloi dan nikmati penjimatan luar biasa!
Harga Sentiasa Lebih Baik
Dengan Jaminan Harga Terendah Lazada, pembeli dijamin akan sentiasa mendapatkan harga terbaik di Lazada berbanding platform e-dagang yang lain. Sebagai pengesahan jaminan ini kepada pengguna, Lazada akan memulangkan 120% perbezaan harga kepada pengguna yang boleh menemui produk dengan spesifikasi yang sama yang dijual pada harga lebih rendah di tempat lain. Hanya rujuk tag Jaminan Harga Terendah pada butiran produk untuk memastikan kelayakannya dan teruskan berbelanja dengan yakin!
Jimat lebih dengan membeli dengan bijak!
Selain Crazy Mega Brand Offer yang tersedia setiap hari dengan diskaun hingga 80%, pembeli kena perhatikan tawaran mengejut LazFlash. Menampilkan jenama global terkenal seperti Oppo, Ogawa, Xiaomi, Le Creuset, Trapo, DJI, Sony, Vivo, dan banyak lagi, tawaran terhad ini memberikan nilai luar biasa dengan penjimatan lebih besar sehingga 90% pada produk jenama ikonik dari LazMall dan pilihan pasaran tempatan.
Pengguna LazCoins juga akan menikmati tawaran istimewa pada 6.6 ini, di mana mereka boleh mendapat diskaun yang lebih banyak untuk membeli produk kegemaran mereka di saluran LazCoins. Dengan ganjaran yang dipertingkatkan bagi “check-in” harian, pembeli yang turut daftar masuk ke saluran LazCoins setiap hari dari 3 hingga 8 Jun akan berpeluang memperoleh sehingga 660 LazCoins (bernilai RM6.60).
Dapatkan Lebih Banyak Diskaun
Untuk meningkatkan dan memaksimumkan penjimatan anda semasa membeli-belah, pastikan anda sentiasa mengumpul baucar dari platform dan kedai pilihan anda, yang boleh digabungkan dengan LazCoins dan LazCash untuk mengurangkan jumlah pembelian. Sama seperti LazCoins, LazCash boleh dikumpul apabila anda menyelesaikan pelbagai misi harian di aplikasi mudah alih Lazada, serta apabila anda membeli-belah dan berbelanja, tulis ulasan, bermain permainan, atau melayari tab “Like”.
6.6 juga memperkenalkan mekanik permainan baharu Tap & Win yang boleh diakses melalui saluran Baucar. Sepanjang tempoh jualan, pelanggan boleh bermain Tap & Win dua kali sehari untuk memenangi baucar, LazCash, dan hadiah-hadiah lain; serta memperoleh peluang tambahan untuk bermain apabila mereka berkongsi permainan ini dengan rakan-rakan. Pemain juga boleh mengumpul kepingan puzzle yang boleh digunakan untuk menebus barangan atau baucar, dengan Hadiah Utama untuk dimenangi pada hari Jumaat, 7 Jun 2024.
Dengan begitu banyak tawaran yang tiada tandingan dan promosi eksklusif, inilah masa terbaik untuk berbelanja di Lazada. Ambil kesempatan daripada jualan mega pertengahan tahun ini dan jangan lepaskan penjimatan yang luar biasa!