Apa yang terbaik dan baharu dari Xiaomi? Siri Redmi Note 13! Siri ini termasuk Redmi Note 13 Pro+ 5G, Redmi Note 13 Pro 5G, Redmi Note 13 5G, dan Redmi Note 13. Tersedia untuk pasaran Malaysia bermula dari 20 Januari 2024.
Redmi Note 13 Pro+ 5G didatangkan dalam warna Midnight Black, Moonlight White dan Aurora Purple, dengan dua varian storan dan harga bermula dari RM1,599. Manakala, Redmi Note 13 Pro 5G hadir dalam warna Midnight Black, Ocean Teal dan Aurora Purple, dengan satu varian storan, berharga RM 1,399.
Untuk Redmi Note 13 5G, ia didatangkan dalam warna Graphite Black, Ocean Teal dan Arctic White dengan satu varian storan, bermula daripada RM 1,099. Redmi Note 13 hadir dalam warna Midnight Black, Mint Green dan Ocean Sunset, dengan dua varian storan, bermula dari RM 749.
Pembelian boleh dilakukan melalui kedai Xiaomi yang sah serta kedai rasminya di Lazada dan Shopee.
Dicipta untuk memenuhi keperluan fotografi yang pelbagai, Redmi Note 13 Series menawarkan sistem kamera yang serba boleh dan dinaik taraf. Model pro, Redmi Note 13 Pro+ 5G dan Redmi Note 13 Pro 5G, menampilkan kamera 200MP resolusi ultra tinggi dengan penstabilan imej optikal (OIS) untuk menangkap gambar dengan tahap perincian yang tiada tolok bandingnya.
Sementara itu, bagi model asas seperti Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13 pula dilengkapi kamera utama 108MP dengan 3x lossless zoom untuk imej yang luar biasa dengan butiran yang lebih halus. Kedua-dua telefon pintar ini juga dilengkapi dengan pelbagai pilihan penapis filmCamera untuk pengguna menyesuaikan foto mereka.
Dengan persediaan tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 200MP atau 108MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP, dan kamera swafoto 16MP, semua peranti ini disokong oleh Xiaomi Imaging Engine.
Siri Redmi Note 13 juga menampilkan reka bentuk yang bergaya dan anggun dengan bezel ultra nipis untuk rupa dan rasa premium serta paparan berkualiti tinggi untuk pengalaman pengguna yang dipertingkatkan dan tontonan yang mengasyikkan.
Siri ini juga tampil dengan pemproses paling berkuasa dengan bateri tahan lama, memastikan pengguna boleh menikmati peranti mereka sepanjang hari.
Xiaomi turut memperkenalkan tiga tambahan baharu yang menarik dalam siri wearablenya: Redmi Watch 4, Redmi Buds 5 Pro dan Redmi Buds 5.
Promo Istimewa
Dari 20 Januari hingga 2 Februari, pembeli boleh menikmati tawaran istimewa apabila mereka membeli mana-mana Siri Redmi Note 13. Dengan setiap pembelian Redmi Note 13 Pro+ 5G dan Redmi Note 13 Pro 5G, pelanggan akan menerima PERCUMA Redmi Buds 4 Active dan Redmi Smart Band 8 Active. Manakala, dengan setiap pembelian Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13, mereka juga boleh mendapat Redmi Buds 4 Active secara PERCUMA. Selain itu, Redmi Note 13 juga akan datang dengan harga istimewa hanya RM699 di Kedai rasmi Xiaomi di Shopee.