Apa yang terjadi pada Palestin adalah satu tragedi dan kita rakyat Malaysia memang prihatin terhadap nasib saudara di Palestin dan sentiasa bersedia memberi sumbangan dan dana di samping titipan doa buat mereka.
Begitu juga dengan McDonald Malaysia yang menyalurkan RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin yang baru dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Usul Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperuntukkan RM10 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin adalah sejajar dengan komitmen mereka untuk memberi sokongan pada mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza.
Sumbangan McDonald’s Malaysia ke Dana Kemanusiaan Palestin ini akan secara langsung menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza, lantas memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas akibat konflik tersebut. Bantuan ini meliputi perubatan, makanan, tempat tinggal, dan bantuan pemindahan sekiranya diperlukan oleh pasukan penyelamat. Komitmen mereka tertumpu sepenuhnya kepada menyediakan keperluan asas kepada mereka yang dalam kesusahan.
Selain sumbangan ini, McDonald’s Malaysia juga menggalakkan pekerja-pekerja dari seluruh negara untuk menyertai usaha pengumpulan dana. Mereka berharap usaha ini akan memberi impak yang bermakna dalam kehidupan mereka yang terkesan di Gaza.