Hidup sebagai pelajar memang banyak cabarannya. Di sebalik kesibukan kelas dan tugasan yang menimbun, ada yang terpaksa hustle demi mencari duit poket untuk meneruskan kehidupan.
Sehinggakan ada yang sanggup menjadikan kerjaya sebagai ‘escort boy’ sebagai pendapatan tambahan kerana tawaran gaji yang lumayan.
Bayangkan hanya dengan menuang air ke dalam gelas, menjadi peneman minum petang dan sediakan bahu untuk golongan wanita sunyi ini meluah perasaan, mereka mampu menjana sehingga RM1,000 sehari!
Dalam satu laporan oleh Kosmo, golongan wanita kaya yang kesunyian akibat disisih atau diabaikan suami yang sering mendapatkan khidmat ini ialah datin, usahawan dan janda berduit berusia antara 40-50 tahun.
Jika menepati kriteria yang diminta seperti kacak, muda, tinggi, stylish, pandai simpan rahsia, berkeyakinan dan sebagainya, mereka yang melakukan secara sambilan boleh menjana sehingga RM8,000 sebulan dan RM15,000 sebulan untuk sepenuh masa.
Malah menurut salah seorang escort boy, Alex yang sudah 5 tahun menceburi bidang ini memberitahu jika lucky mereka juga akan dibawa bercuti ke luar negara untuk mengelakkan daripada terkantoi.
Kredit gambar utama. Gambar sekadar hiasan: Devin Avery via unsplash.com