Isu antara Ali Puteh dengan balu arwah Abam nampaknya semakin menjadi panas dengan arahan mahkamah untuk menyita rumah arwah ibu Ali Puteh di Batu 10, Gombak. Arahan yang diterima menyebabkan Ali Puteh kecewa kerana tuntutan saman RM60,000 tersebut hanya melibatkan beliau bersama Nor Hidayah dan tidak melibatkan arwah ibunya.
Dalam satu kenyataan, Ali pernah mengakui yang pendapatannya tidak menentu pada ketika ini menjadikan beliau gagal membayar tuntutan saman dalam tempoh tersebut secara sekaligus.
Mungkin ramai yang tertanya, kenapa mahkamah mengeluarkan arahan untuk menyita rumah arwah ibu Ali kan?
Dalam satu video di TikTok @reinalum, seorang peguam tampil menjelaskan perkara ini. Menurut beliau, mahkamah berkuasa mengarahkan harta melibatkan individu yang disaman untuk disita sekiranya mereka gagal membayar tuntutan.
Dalam kes ini, memandangkan ibu arwah Ali sudah meninggal dunia, maka mengikut hukum faraid, rumah tersebut telah menjadi milik Ali dan kegagalan untuk melunaskan saman membolehkan rumah berkenaan disita.
Wang penjualan rumah akan digunakan untuk membayar tuntutan saman tersebut di mana jika harga jualan lebih tinggi maka baki selepas penolakan saman tersebut akan Ali terima.
Mudah kan nak faham?