Kemunculan Dr Maszlee Malik sebagai pelakon dalam siri drama Kudeta baru-baru ini telah menerima kritikan ramai susulan daripada dialog yang dikatakan berbaur lucah dan menghina wanita.
Beliau yang melakonkan watak sebagai bekas Perdana Menteri yang jahat dan dipenjarakan turut mengakui kekhilafan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya sehingga mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua.
Rasa kurang senang ini juga timbul disebabkan latar belakang beliau sebagai bekas Menteri Pendidikan pada 2018-2020.
Untuk pengetahuan, drama Kudeta merupakan drama Melayu dengan unsur thriller, politik dan aksi lakonan Vanidah Imran, Aqasha, Aedy Ashraf, Youtube Koe, Sangeeta, Namron dan Adlin Aman Ramlie.