4 Tahun Kawan Tapi Kena Friendzone, Lelaki Fail Saman Terhadap Kawan Wanita

Selalu kan dengar orang cakap, nak berkawan dengan orang yang lain jantina ni hati-hati sebab biasanya pasti akan ada kisah jatuh hati. Kalau perasaan tu diterima memang bahagia, tapi kalau ditolak? Merana juga beb nak move on.

Korang tahu tak, gara-gara kisah difriendzone ni, seorang lelaki telah membuat ancaman untuk memfailkan saman terhadap seorang wanita selepas pelawaannya untuk date ditolak. Ini kerana si lelaki tersalah faham hubungan rapat mereka selama 4 tahun tu terjalin bersama dengan perasaan cinta.

Kredit gambar sekadar hiasan: kellysikkema via unsplash.com

Lepas bertemu pada 2016 dan kemudiannya ‘berpisah’ pada 2020, si lelaki mengalami tekanan emosi dan trauma sehingga menyebabkan beliau nekad membuat tuntutan kepada si wanita bersama dengan ganti rugi hampir RM10 juta.

Jumlah tersebut termasuk ganti rugi tidak mematuhi janji untuk perbaiki hubungan selepas menghadiri sesi kaunseling. Akan tetapi ganti rugi ini ditolak mahkamah kerana secara nyata tidak berasas.

Haa, yang suka friendzone orang tu… Hati-hati gais! Risau pulak.

Kredit gambar utama sekadar hiasan: alicekat via unsplash.com

Sumber: Harian Metro

Raja Lepak

Read Previous

Kontroversi Maszlee Malik, Dialog Lucah Dalam Drama Kudeta Dikecam

Read Next

Rakyat Malaysia Bakal Sambut Hari Raya & CNY Sekali Pada 3 Tahun Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *