Biarlah beredarnya zaman, canggih macam mana pun, pendidikan tetap nombor satu. Sebab dengan pendidikan, bukan sahaja masa depan diri sendiri terjamin, tetapi juga masa depan negara.
Tapi di TikTok, muncul pula satu trend ‘apa khabar murid target?’ yang seakan cuba menormalisasikan walaupun tidak berpendidikan, kekayaan mampu dicapai. Seolah-olah kejayaan itu cuma tertakluk pada kemewahan harta benda dan jawatan CEO sahaja.
Dengan unsur berbaur provokasi, ada segelintir komen yang ditinggalkan di video-video ini juga seakan memerli mereka yang menjadi harapan sekolah kini bukan saja sedang struggle untuk habiskan pengajian di institusi pendidikan, tapi juga turut terbeban dengan hutang pendidikan.
Ada juga yang membalas video ini dengan video ‘menjawab’ salam khabar tersebut dengan karier terkini mereka hasil daripada pendidikan.
Pendapat korang macam mana?
TikTok: Trend ‘Apa Khabar Murid Target?’