‘Apa Khabar Murid Target? Dah jadi CEO?’ – Trend Terbaru Daripada Murid ‘Tiada Masa Depan’

Biarlah beredarnya zaman, canggih macam mana pun, pendidikan tetap nombor satu. Sebab dengan pendidikan, bukan sahaja masa depan diri sendiri terjamin, tetapi juga masa depan negara. 

Tapi di TikTok, muncul pula satu trend ‘apa khabar murid target?’ yang seakan cuba menormalisasikan walaupun tidak berpendidikan, kekayaan mampu dicapai. Seolah-olah kejayaan itu cuma tertakluk pada kemewahan harta benda dan jawatan CEO sahaja.

Dengan unsur berbaur provokasi, ada segelintir komen yang ditinggalkan di video-video ini juga seakan memerli mereka yang menjadi harapan sekolah kini bukan saja sedang struggle untuk habiskan pengajian di institusi pendidikan, tapi juga turut terbeban dengan hutang pendidikan.

Ada juga yang membalas video ini dengan video ‘menjawab’ salam khabar tersebut dengan karier terkini mereka hasil daripada pendidikan.

Pendapat korang macam mana?

TikTok: Trend ‘Apa Khabar Murid Target?’

Raja Lepak

Read Previous

Kes Lelaki Mengamuk Di Pandan Indah, Tapi Aksi Flying Kick Lelaki Ini Yang Jadi Tumpuan

Read Next

Lelaki Menyamar Jadi Kekasih Pembunuh Abang 14 Tahun Kemudian Sebagai Rancangan Balas Dendam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *