Dekat Twitter ada yang spill the tea tentang manager influencer Khairulaming yang dikatakan kekwat melayan peniaga yang bertaraf biasa-biasa. Sampai ada yang cakap beliau lebih sudu daripada kuah daripada bosnya.
Orang kenal Khairulaming dengan imej humble, dan bila managernya menunjukkan sikap yang berbeza daripada Khairulaming, pastinya ramai yang annoyed kan?
Tampil menjelaskan isu ini , Khairulaming dalam satu thread Twitter memberi responnya.
- Beliau sendiri yang akan uruskan semua inquiries sehingga ada ‘new replacement’.
- Buat masa sekarang, sebarang video untuk klien akan dihentikan termasuklah produk, restoran atau seminar dan fokus buat apa yang beliau suka dari 7 tahun lepas iaitu video masak.
- Secara peribadi, Khairulaming memohon maaf kepada semua pihak yang pernah deal dengan managernya. Disebabkan percaya pada kawan, kualiti kerja managernya tidak dicrosscheck. End up ramai yang mengadu ada bad experience dengannya.
- Mengasingkan bisnes dan persahabatan walaupun sukar kerana beliau sendiri bermula dari bawah dengan kawan-kawannya.
Moga influencer lain pun ambil iktibar daripada apa yang berlaku. Kawan tak kawan, kualiti kerja tetap kena check gais.
Twitter: @khairulaming