Dalam apa jua pekerjaan, mesti ada situasi kecemasan yang akan kita hadapi. Nak hadapi dengan tenang, biasanya pekerja akan diberikan latihan terlebih dahulu. Kalau kerja melibatkan manusia memang boleh dilakukan, tapi macam mana dengan haiwan?
Haa, dalam menghadapi keadaan kecemasan sebagai contoh apa yang perlu dilakukan sekiranya burung unta terlepas dari kandang, Zoo Chiang Mai telah melakukan latihan simulasi dengan cara paling menghiburkan.
Di laman Facebook Zoo Chiang Mai, korang boleh nampak yang seorang staf terpaksa berpura-pura menjadi burung unta dengan topi ‘kepala burung unta’ diikat tinggi pada kepalanya, muka dicat putih, berpakaian serba hitam separa lutut dan kasut sukan hitam.
Semasa ‘ditangkap’ korang juga boleh nampak yang ada kain diletakkan menutup kepala burung unta tersebut supaya ia kekal tenang.
Menariknya, latihan simulasi berkenaan yang merupakan sebahagian daripada rancangan pengurusan haiwan liar itu juga turut dihadiri pasukan veterinary dan staf penjaga haiwan bagi meningkatkan lagi penyelarasan SOP sekiranya berlaku kecemasan haiwan.
Menarik kan? Bila tengok ni, tetiba rasa teringin pula nak tengok latihan simulasi kecemasan haiwan di zoo Malaysia.
Facebook: สวนสัตว์เชียงใหม่ Chiang Mai Zoo