Nampak Entiti Macam Filem Opera Cina Masa Lalu Kawasan Bukit Kelicap, Kawan Siap Meracau Cakap Cina

Walaupun masih ada yang tak percaya dengan perkara-perkara ghaib, tetaplah kena akui yang kita ni hidup berkongsi dunia bukan hanya dengan manusia, haiwan dan tumbuhan je. Tapi juga dengan benda-benda yang tak boleh nak nampak dengan mata kasar.

Bila tak ada rasa hormat kepada makhluk lain, ada sesetengah makhluk yang kita tak nampak dengan mata kasar ni akan ambil pendekatan ‘mengajar’. Itu yang sampai berlakunya episod gangguan tu.

Macam dalam satu perkongsian di Twitter ni, seorang lelaki berkongsikan kisah kawannya yang diganggu semasa dalam perjalanan Pontian-Batu Pahat.

Sebabkan waktu kerja tak menentu, ada masa memang kena ambil stok tengah pagi buta. Macam biasalah, setiap kali nak sampai ke bandar Batu Pahat tu memang gelap, lagi-lagi tengah malam. Masa tu dia berdua dengan seorang lagi kawan sekerjanya.

Tepat pukul 2 pagi masa lalui kawasan selekoh, dia ternampak kelibat lembaga perempuan yang berpakaian seperti yang selalu kita nampak dalam filem opera cina. Berfikir yang maybe dia silap tengok, tapi dalam masa sama tu tetap juga takut, dia pun kejutkan kawan yang tidur di sebelah.

Yang terkejutnya, tiba-tiba je member pandai cakap Cina, selang seli dengan bahasa Melayu pelat Cina. “Lu takut ah? Siapa suruh lu lalu kawasan ini? Ini tempat saya ma.” 10 minit juga member bercakap sebelum tersedar dan bangun macam tak ada apa-apa jadi.

Sebabkan takut, terus decide untuk stay satu malam dekat salah sebuah hotel di Batu Pahat. Tapi dalam 4 pagi macam tu, dah datang pula mimpi ngeri seolah dibawa ke kawasan hutan yang penuh dengan komuniti Cina.

Sampailah dekat penghujung hutan, nampak kelibat istana lama yang mana perempuan yang sama dia nampak dekat selekoh tu ada depan pintu istana! Perempuan tu siap melambai panggil masuk istana. Punya member menolak sampailah dikejut bangun kawan kerja tadi.

Bila ditanya ada buat apa-apa ke masa drive, rupanya benda tu marah sebab buat bising dengan pasang radio. Walaupun radio tu dipasang untuk hilangkan kesunyian.

Hmm, bahaya juga kan? Kalau jiwa tak kental memang habis. 

Korang ada cerita kena gangguan macam ni tak? Atau korang sendiri pun pernah kena masa lalu sini?

Twitter: @LeAlterEgo

Raja Lepak

Read Previous

9 Promosi Merdeka Yang Boleh Korang Redeem Sempena Merdeka Ni

Read Next

Cara Latihan Simulasi Jika Burung Unta Larikan Diri Dari Kandang Zoo Chiang Mai Hiburkan Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *