Daripada pelbagai jenis penyamaran, alam semula jadi adalah penyamar terbaik. Banyak organisma gunakan teknik penyamaran untuk lindung diri daripada ancaman untuk teruskan hidupan.
Adaptasi luar biasa ini menjadikan ahli biologi dan jurugambar, Chien C. Lee tertarik untuk dokumentasikan dalam bentuk gambar. Berulang kali ditipu penyamaran alam semula jadi, Chien kagum dengan kehebatan keindahan alam dan menjadikan gambar sebagai salah satu cara untuk seseorang berinteraksi dengan alam.
Menamakan pameran solo kelimanya dalam tempoh lima tahun yang lalu, Masters of Disguise adalah pameran pertama yang memberikan fokus khusus kepada alam penyamaran yang menakjubkan.
Banyak benda menarik yang akan korang belajar sepanjang melawat pameran ni. antaranya yang berkaitan dengan peranan sensory perception, evolusi biologi dan hubung kaitnya dengan kehidupan lebih daripada pandangan mata kasar.
Jadi korang boleh datang dan belajar teknik penyamaran ni di Darkroom Gallery, GMBB mulai 2 Julai 2022 hingga 15 Januari 2023 bermula 11 pagi hingga 6 petang secara percuma!
Memang dialu-alukan untuk walk in atau boleh juga reserve awal untuk lawatan berpandu percuma pada hujung minggu.
Kredit gambar utama: Soya Cincau