Baru-baru ni kan ada pengumuman yang mana mask muka bukan perubatan perlu dapat perakuan SIRIM dulu sebelum boleh dijual kepada orang ramai. Walaupun benda ni memang baik, tapi memikirkan yang kita masih lagi perlu pakai mask dalam fasa ini secara tak langsung ia akan meningkatkan kos mask.
Ramailah yang chip in beri pendapat masing-masing berkenaan dengan mask berSIRIM ni.
Contohnya Malaysian top designer yang juga menantu kepada PM, Jovian Mandagie yang berpendapat ia adalah langkah bagus bagi membanteras mask yang tak berkualiti atau digelar beliau sebagai kualiti hauk.
Tapi isu kualiti hauk ni, Jovian jelaskan yang beliau maksudkan pada Jovian Mask tiruan yang ada dekat pasaran.
Dan kata Jovian, dengan Jovian Mask pengguna boleh gunakan tanpa was-was sebab dah diiktiraf oleh MDA sejak 2020 lagi. “Tak perlu panik, boleh gunakan Jovian Mask tanpa was-was. Cop SIRIM kami pun dah on the way.”
Tapi lain yang jadi bila Jovian mask terputus masa tengah live bersama Tokti. Bukan sekali tetapi 2 kali!
Sekali masa sebelum TokTi sarung di kepala beliau dan sekali lagi semasa Jovian menarik tali mask berkenaan.
Fuh mencabar jugak ye terputus masa live ni.
Pandangan korang tentang benda ni macam mana pula?