Dalam dunia yang semakin maju ni, tak dinafikan masih ada yang pandang rendah pada mereka yang bekerja biasa-biasa. Terutamanya kalau kerja di bahagian perkhidmatan sosial pembersihan macam pengutip sampah.
Sedangkan pekerjaan itu lagi mulia daripada mereka yang suka buang sampah merata-rata. Macam perangai manusia dekat highway Bukit Kukus tu. Eh, tiber kan? Geram!
Kalau korang nak tahu, dekat Singapore, gaji tukang kutip sampah atau pemungut sampah akan dinaikkan ke $3,260 sebulan menjelang tahun 2028 di bawah model gaji progresif baru untuk sektor perkhidmatan tersebut.
Bila ditukarkan ke nilai MYR dah RM10,000 korang!
Kenaikan ni berlaku lepas kerajaan Singapore terima cadangan Tripartite Cluster for Waste Management (TCWM) bagi naikkan model gaji bagi industri pengurusan sisa yang mana pada Julai 2023 akan meningkat setiap tahun sebanyak $210.
Keratan akhbar berkenaan gaji tukang cuci Singapura pada tahun 2013.
Banyak juga kan? Kalau macam ni konsisten ada kenaikan, memang nak kerja pun happy jekk.
Gambar utama: Gambar sekadar hiasan