Pekedai akan pasang banner sebagai langkah marketing untuk promosikan servis dorang. Dan biasanya, ayat yang digunakan mestilah boleh menarik perhatian orang yang memandang.
Tapi satu kedai dekat Penang ni jadi perhatian bila banner yang dipasang langsung tak sebut pasal servis yang ditawarkan, sebaliknya banner tu ada tujuan yang lain iaitu halang sinaran matahari daripada masuk ke dalam kedai.
Tak terfikir pulak kan? Netizen sampai tanya uncle orait x orait ni.
Yang kelakarnya, lokasi kedainya pula memang berhadapan dengan jalan yang selalu jem. Jadi netizen macam terhibur sebab boleh jugaklah yang stress menghadap jem tu hilangkan sekejap stress dorang.
Bijak uncle ni. Memang lejen dan sifu!
Sumber: @nightraveller_