Selalu kan kita dengar, ramai yang hidupnya tersepit dek kerana tersalah langkah pergi pinjam Ah Long atau nama manjanya Along. Kadar bunga tinggi, hidup tak aman paling takut bila nyawa sendiri dan orang terdekat pun turut sama terancam.
Sebab itulah bila dah pinjam Along ni, ramai yang kadang-kadang tak mampu nak berfikir dengan baik.
Macam yang berlaku dekat 2 lelaki ni. Sanggup bakar tiga buah keretanya semata-mata nak tuntut insuran RM250k. Kejadian berlaku di Melaka tau dan dah dirancang sejak 3 bulan lepas.
Sebab laporan polis yang diterima meragukan, perbuatan keduanya akhirnya terkantoi nak dapatkan 250k untuk bayar hutang Along 500k.
Bila ditahan, rupanya keduanya ada rekod jenayah antaranya khianat api, dadah dan curi. Polis pun dah buka kertas siasatan pasal kes ni.
Nasihat CT, walau terdesak macam mana pun, jangan cari Along. Pergilah cari Angah ke, Uda ke minta bantuan kalau terdesak.