Kalau menang pingat je, korang perasan tak yang atlet ni akan gigit pingat dorang. Bukan gigit betul pun. Sekadar letakkan gigi dekat pingat je.
Tapi lain halnya dengan ahli politik Jepun ni. Dia gigit pingat tu memang gigit betul. Sampai kemek weh! Pingat milik atlet softball Jepun, Miu Goto menjadi mangsanya.
Teruja dengan kemenangan pasukan softball Jepun, Miu dipanggil datuk bandar ke pejabat Takashi Kawamura. Daripada tengok pingat je, dia excited sampai pergi gigit pingat tu.
Yang orang kecam bukan je sebab dia gigit benda yang bukan milik dia, tapi jugak sebab sekarang ni kan pandemik yang tersebar ikut air liur, udara. Jadi secara tak langsung bila gigit tu mungkin akan sebabkan jangkitan penularan.
Lagi pula tak kenalah tabiat tu dengan sifat pembersih orang Jepun. Macam memalukan.
Walaupun dah minta maaf, tetap kena kecam sampai ke luar negara. Rakyat Jepun pun ramai yang tampil buat aduan kepada pihak berkuasa.
Lepas je pihak pengurusan Olimpik tahu, dorang terus bagitahu yang akan gantikan pingat tu dengan pingat baru dengan sponsor penuh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.