Sebut je jenama Starbucks, semua orang tahu kualiti rasa minuman dorang macam mana. Terkenal dengan signature letakkan nama pada cawan, ramai sebenarnya yang nak cuba try test minum Starbucks tapi takut kena ‘ketuk’ dengan harga mahal untuk secawan kopi.
Sebab dah beberapa kali isu ni jadi.
Contohnya yang baru-baru ni, viral satu video TikTok yang mana dua orang gadis ni macam mengadu dorang beli air Starbucks, tapi kena caj sampai lebih RM34 sebab add-on.
Memang agak gila, tapi itulah agak trauma buat yang baru nak cuba.
Sebab barista cadangkan untuk dia add on. Dan sebab pertama kali, dia tak tahu lah yang disebut barista tu add on bukannya pilihan yang dah termasuk dalam plihan percuma.
Sebabkan video tu dah viral, ramailah yang luahkan dorang pun pernah rasa yang sama masa first time beli air Starbucks.
Tapi ada yang sarankan supaya sebelum order, listkan dulu nak minum apa. Supaya nanti bila barista Tanya pun still boleh cakap ‘tak nak’ dan ‘sila ikut menu’. Of course paling penting tolak dalam nada yang baik.
Mungkin lepas ni kalau yang first time tu boleh guna cara yang dorang sarankan. Tak adalah sampai kena ‘ketuk’ sebab add on je.