Beberapa hari ini kencang betul sharing dekat Jepun dah ada saintis yang berjaya cipta burger dari najis manusia.
Katanya Mitsuyuki Ikeda berjaya hasilkan ‘shit burger’ lepas lakukan beberapa proses sampai boleh jadikannya sebagai makanan. Yang jijiknya, katanya shit burger ni siap ada pencicah lagi lah.
Tapi! Korang jangan buta-buta percaya tau.
Menurut Facebook Ini Sains Beb, penciptaan shit burger ni sebenarnya boleh dikatakan sebagai mitos je. Kisah yang pernah viral 10 tahun lepas kembali viral pada tahun 2021.
Untuk pengetahuan korang, tak ada saintis yang namanya Mitsuyuki Ikeda pun dekat lab yang kononnya hasilkan shit burger tu iaitu Okayama Laboratory.
Lepas team Ini Sains Beb selidik, rupanya Mitsuyuki Ikeda yang ada adalah Pengarah Okayama UNESCO Association yang bekerja sebagai jurutera alam sekitar.
Rupa-rupanya media yang publish artikel dulu-dulu hanya berpandukan pada satu video yang berdurasi dalam lebih kurang 2 minit. Tapi kalau korang tengok video tu pun dah boleh nampak macam suspicious sikit.
Bak kata team ISB, boleh jadi tu video prank je sebab tak ada bukti sahih dan maklumat yang menyokong.
Jadi sebelum percaya, cari dulu maklumat tau.