Indonesia memang kaya dengan pelbagai budaya dan suku dan setiap suku ada kepercayaan mereka yang tersendiri dan unik.
Walaupun semakin banyak suku yang dah pun mula beradaptasi dengan modern life, tapi korang kena tahu masih juga ramai yang masih berpegang teguh dengan kepercayaan dorang.
Contohnya macam suku Korowai yang tinggal dekat kawasan Papua Barat, Indonesia ni yang masih berpegang pada kepercayaan bahawa makin tinggi rumah yang dibina, makin selamatlah daripada diganggu roh jahat.
Ditemukan sejak 35 tahun lepas, suku Korowai yang dianggarkan terdiri daripada 3,000 orang ni akan bina rumah yang jaraknya dari tanah antara 15-50 meter!
Kalau tinggi macam ni, bukan takat roh jahat, binatang buas pun tak akan dapat nak kacau.
Korang bayangkan betapa kreatifnya suku ni. Tanpa peralatan moden, dorang bina rumah yang sah-sahlah tak ada lif kan? Nak naik atas tu memang kena panjat tangga yang dibina khas.
Tapi biasanya dorang akan panjat je batang pokok tu dengan kemahiran memanjat yang dorang ada.
Pokok yang dipilih pula mestilah kukuh dan besar supaya dapat tampung berat rumah tadi.
Yang hebatnya, rumah ni siap dibina dalam masa 7 hari je dengan ketahanan selama lebih kurang 3 tahun – bergantung pada jenis kayu yang digunakan.
Tengok pada ketinggian rumah dorang, mesti orang suku ni tak ada masalah gayat kan?