Hujan Daging? 6 Kejadian Hujan Aneh Di Seluruh Dunia

Abang Bob tahu dua jenis hujan jer, sama ada hujan panas dan hujan air batu. Korang pernah tengok sendiri tak fenomena hujan air batu? Kat Malaysia pernah berlaku kejadian hujan air batu kalau tak salah Abang Bob di Selangor beberapa tahun lalu. Tapi tak sangka pula, terdapat beberapa lagi jenis hujan yang turun di bumi ini dapat diklasifikasikan sebagai pelik dan aneh. Berikut merupakan enam fenomena hujan paling aneh yang pernah berlaku di dunia.

1.   Hujan labah-labah

Hujan labah-labah merupakan fenomena aneh yang terjadi di Brazil. Insiden berkenaan berjaya dirakam lensa kamera seorang lelaki bernama Joao Martinelli Fonseca. Ketika itu dia sedang meluangkan masa bersama keluarganya. Semasa kejadian, terdapat beribu ekor labah-labah gugur seakan hujan dari langit di sebuah kawasan di Minas Gerias. Hujan aneh berkenaan ternyata telah mengejutkan semua penduduk di sekitar Brazil.

2.   Hujan darah

Hujan darah merupakan kejadian alam yang sememangnya unik kerana ia hanya berlaku di beberapa buah negara di dunia seperti Rusia, Colombia, Amerika Syarikat dan India. Menurut NASA Earth Observatory, fenomena ini pertama kali berlaku pada tahun 191 SM seperti mana yang telah diceritakan oleh sejarawan Roman iaitu Titus Livius. Kejadian aneh ini sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik.

Baca artikel ini: Memukau! 5 Gambar ‘Nature’ Terbaik Pertandingan The Nature 2020 Competition

3.   Hujan kecebong

Peristiwa yang berlaku di Jepun ini digelar hujan kecebong oleh masyarakat Indonesia. Sehingga kini, tiada penjelasan kukuh yang mampu diberikan mengenai fenomena di mana ikan dan katak jatuh dari langit ini. Namun begitu, terdapat segelintir individu yang berpendapat bahawa hujan yang pelik ini adalah disebabkan gangguan cuaca seperti puting beliung. Tetapi, tidak ada ahli atau pegawai meteorologi yang mengesahkan kebenaran kata-kata tersebut.

4.   Hujan bangkai burung

Ribuan bangkai burung yang jatuh dari langit seperti hujan menggemparkan masyarakat yang tinggal di beberapa wilayah di Amerika Syarikat seperti Arkansas. Fenomena aneh ini dikatakan berlaku semasa malam sambutan tahun baru. Terdapat beribu-ribu ekor bangkai burung dapat dilihat bertaburan di atas atap rumah, kaki lima dan tanah lapang yang gugur dari langit seperti hujan.

5.   Hujan ikan

Hujan ikan merupakan antara fenomena asing yang pernah berlaku di dunia ini. Meskipun perkara ini menggemparkan penduduk di serata dunia, insiden ini sebenarnya sudah berlaku semenjak 10 tahun yang lalu di wilayah Honduras yang dikatakan mengalami ‘hujan’ ini hampir setiap tahun.

6. Hujan daging

Hujan daging mungkin kedengaran tidak masuk akal. Namun itulah insiden sebenar yang pernah berlaku di Kentucky, Amerika Syarikat. Beberapa potong daging lembu dikatakan jatuh dari langit dan mengenai kepala seorang remaja. Menurut pandangan sesetengah masyarakat, kejadian hujan daging ini mungkin berpunca daripada sekelompok burung bangkai yang sedang terbang usai menjamah bangkai haiwan yang sudah mati. Mereka kemudiannya memuntahkan daging-daging berkenaan sehingga mengenai manusia yang berada di tanah.

Apa pendapat korang tentang kejadian ‘hujan’ aneh yang pernah berlaku kat seluruh dunia ni? Banyaknya semua hujan pasal haiwan. Tak ada ke kejadian seperti hujan duit jatuh dari langit ke, emas ke atau berlian?

Baca artikel ini: Sedap Ke? Lelaki Ini Ketagih Makan Batu Bata Dan Lumpur

Raja Lepak

Read Previous

Separuh Singa Dan Separuh Naga, Remaja Ini Terkejut Tangkap Ikan Makhluk Asing

Read Next

Wanita Menderita Menangis Air Mata Kristal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *