Nikmat kehidupan termasuklah mempunyai kesihatan yang sihat dan ianya adalah sesuatu yang sangat berharga. Tetapi ramai diantara kita yang leka untuk menghargainya. Tahukah anda, hampir 70% kes kanser prostat di Malaysia didiagnosis pada peringkat lewat dan ini sangat membimbangkan.
Justeru, Novartis Malaysia dan Beacon Hopsital berganding bahu bagi meningkatkan kesedaran serta menekankan kepentingan pengesanan awal mengenai kanser prostat, kanser ketiga paling lazim dalam kalangan lelaki di Malaysia. Ia juga memberi tumpuan kepada perkongsian penemuan terkini dalam ujian diagnostik dan rawatan kanser prostat, termasuk saringan Antigen Membran Khusus Prostat (PSMA) dan Radioterapi Tubuh Stereotaktik (SBRT).
Pada pembentangan yang dibuat baru-baru oleh Dato’ Dr. Mohamed Ibrahim A Wahid, Pakar Perunding Onkologi Klinikal merangkap Pengarah Perubatan Beacon Hospital, dan Dr. Lingeswaran Kasilingam, Pakar Perunding Perubatan Nuklear di mana mereka menjelaskan mengenai pengimejan PSMA sebagai alat diagnostik pilihan untuk kanser prostat dengan menekankan ketepatannya, merangka strategi rawatan yang optimum yang berpotensi meningkatkan hasil rawatan. Pengimejan PSMA membolehkan pengesanan sel kanser pada peringkat awal secara tepat, memudahkan penyesuaian pelan rawatan bagi setiap pesakit, meningkatkan kebarangkalian kejayaan rawatan, dan berpotensi menentukan kelayakan bagi rawatan tertentu, seperti Terapi Radiogland (RLT). Inisiatif ini menjadi penanda kepada kerjasama pertama antara Novartis Malaysia dan Beacon Hospital dalam memperkasakan rakyat untuk mengutamakan pengesanan awal penyakit dan membuat pilihan yang termaklum mengenai kesihatan mereka.
Dr. Lingeswaran Kasilingam, Pakar Perunding Perubatan Nuklear di Beacon Hospital, bercakap mengenai saringan PSMA yang berpotensi menyelamatkan nyawa, “Saringan PSMA merupakan kemajuan transformatif dalam keupayaan kami untuk mengesan kanser prostat secara tepat,” katanya. “Dengan menggunakan pengimejan yang canggih untuk mengenal pasti kanser pada peringkat awal, walaupun dalam tumor yang kecil dan sukar dikesan, saringan PSMA membolehkan kami bertindak lebih awal dan merancang pelan rawatan yang khusus bagi setiap pesakit dengan menilai kesesuaian untuk RLT. Teknologi ini memberi peluang kepada lelaki berisiko tinggi di Malaysia untuk intervensi awal, yang boleh meningkatkan hasil rawatan.”
Dato’ Dr. Mohamed Ibrahim A Wahid, Pakar Perunding Onkologi Klinikal merangkap Pengarah Perubatan Beacon Hospital, yang menekankan SBRT sebagai salah satu daripada pilihan rawatan yang inovatif untuk pesakit kanser prostat, menjelaskan, “Radioterapi Tubuh Stereotaktik, atau SBRT, membolehkan kami untuk memberikan dos radiasi yang tinggi terus ke tumor dengan ketepatan yang jitu, dan meminimumkan kerosakan pada tisu sihat di sekelilingnya,” katanya. “Untuk pesakit kanser prostat peringkat lanjut, pendekatan ini bermakna sesi rawatan mereka akan menjadi lebih sedikit, mengurangkan kesan sampingan, dan akhirnya membolehkan pesakit menikmati kualiti hidup yang lebih baik. SBRT adalah antara kemajuan yang mentafrifkan semula penjagaan kanser prostat, menawarkan pesakit harapan baru dan laluan rawatan yang lebih baik.”
Melissa Hon, Ketua Komunikasi dan Advokasi Pesakit, Novartis Malaysia, berkongsi: “Di Novartis Malaysia, kami komited untuk meningkatkan dan memanjangkan hayat rakyat Malaysia. Kerjasama kami dengan Beacon Hospital adalah penting kerana ia mendidik pesakit tentang diagnostik terkini dan kemajuan dalam terapi inovatif untuk kanser prostat. Ini menekankan komitmen kami untuk memberikan harapan dan hasil yang lebih baik bagi mereka yang terjejas oleh penyakit yang mencabar ini.”
Perkongsian ini juga bertindak sebagai peringatan penting bahawa kanser prostat tidak seharusnya menjadi penyakit senyap dan tersembunyi. Sebaliknya dengan pengesanan awal dan rawatan yang canggih, pesakit boleh mendapatkan rawatan susulan dan keluarga dapat memberikan sokongan kepada pesakit. Jadi, Novartis Malaysia dan Beacon Hospital menyeru semua lelaki Malaysia supaya mengutamakan kesihatan mereka dan mempertimbangkan manfaat menjalani saringan awal kanser prostat. Dengan meningkatkan kesedaran dan memperluas akses kepada pilihan ujian diagnostik dan rawatan yang canggih, mereka berharap dapat mengurangkan jumlah diagnosis peringkat akhir selain menawarkan pesakit dan keluarga mereka laluan rawatan dengan harapan dan ketabahan.
Novartis Malaysia juga komited untuk meningkatkan kesedaran dan menyokong pesakit kanser melalui aplikasinya ICanCare – platform digital yang menyediakan peringatan temu janji dan ubat-ubatan, sumber pendidikan, dan khidmat sokongan psikososial. Dengan memperluaskan akses kepada terapi yang inovatif dan sokongan, Novartis bertekad untuk menambah baik hasil rawatan dan kualiti hidup pesakit kanser prostat, khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar atau berdepan dengan masalah pengangkutan terhad, bagi memastikan golongan ini mendapat sokongan pada setiap peringkat perjalanan mereka. Aplikasi ICanCare ini boleh dimuat turun dari Google Play Store atau melalui Apple App Store.