Lucky Your Way Untuk Ong-pportunities Di Burger King!

Dong dong qiang! Memang menjadi kebiasaan untuk restoran memperkenalkan menu istimewa untuk hampir setiap perayaan besar di Malaysia. Sempena tahun baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi, Burger king memperkenalkan menu edisi terhad CNY, terbarunya, Lucky Your Way set meals.

Menurut CEO Cosmo Restaurants Sdn. Bhd, Puan Lee, hidangan set ‘Lucky Your Way’ mencerminkan komitmen Burger King untuk menyediakan bukan sahaja hidangan yang enak tetapi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam menyebarkan kegembiraan, tuah dan kemakmuran ke seluruh pelanggan mereka. 

Set Lucky Your Way boleh didapati di semua cawangan Burger King bermula daripada 1 Feb hingga 11 Mac 2024. Menu ini direka khas untuk menggarap intipati keriangan sambutan Tahun Baru Cina dengan setiap satunya membawa simbol tuah dan kebahagiaan.

Menu istimewa ini menawarkan pilihan burger Lucky Tendergrill, Lucky Double Beef, dan Lucky Salmon dengan pilihan set berserta minuman Lime-Flavoured Fizz berharga RM19.90.

● Lucky Tendergrill: Ayam-my 100% daging paha ayam panggang serta jalur ayam rangup di antara lapisan sos, keju dan roti burger yang gebu.

● Lucky Double Beef: Huat 2x dengan 2 lapis 100% patty daging yang dipanggang sempurna serta kepingan beef-acon. 

● Lucky Salmon: ‘Berenang’ dengan rasa keharmonian antara patty salmon serta kepingan jalur ayam rangup.  

Setiap pilihan burger didatangkan dengan hirisan nipis kobis ungu, sos keju nachos, sos barbeque dan American cheese. Menu Lucky Your Way juga menawarkan 3 pilihan pencuci mulut, Salted Caramel Cone, Salted Caramel Sundae Cup, dan Salted Caramel Coke Float.

Selain daripada menu hebat, Burger King turut menganjurkan Burger King Roving Wheel Game, dimana pelanggan berpeluang memenangi pelbagai baucar menarik. Para pelanggan juga berpeluang memenangi salah satu dari hadiah menarik bernilai sehingga RM38,888 seperti 3x 10g koin emas 999.9!* T&C apply! Untuk maklumat lanjut mengenai Burger King® dan promosi yang sedang berlangsung, sila layari https://www.burgerking.com.my/.

Raja Lepak

Read Previous

Trendy Dengan Rekaan Eksklusif 9060

Read Next

Perjalanan Memecah Rekod Dunia Amazfit X Kelvin Kiptum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *