Jualan Melonjak 200%! Ini Baru Betul Raja Mid-range

Baru minggu pertama dah cecah jualan melebihi 200%! Dah pecah rekod jualan model terdahulu ni. Sejak pelancarannya, siri terbaharu dari Xiaomi ini memang dinanti-nantikan pengguna Malaysia kerana mempunyai prestasi dan nilai yang hebat, sesuai dengan nama jolokannya raja mid-range.

Siri Redmi Note sentiasa menolak sempadan tentang perkara yang boleh ditawarkan oleh telefon pintar kelas pertengahan kepada pengguna. Meneruskan legasi ini, Redmi Note 13 Series membawakan peningkatan yang lebih hebat menampilkan banyak yang pertama dalam siri Redmi Note, termasuk paparan AMOLED 1.5K 120Hz dengan skrin melengkung2 dan penarafan IP682. Siri ini juga menyaksikan peningkatan paparan dan kamera utama merentas semua modelnya.

Redmi Note 13 Series juga menawarkan peningkatan ciri ikonik kepada reka bentuk, kamera dan prestasinya. Untuk menjadikannya lebih baik, ia turut disertakan dengan tanda harga yang benar-benar berpatutan —menjadikan prestasi telefon pintar peringkat perdana boleh diakses oleh semua orang. 

Redmi Note 13 Series menawarkan rangkaian luas telefon pintar yang sangat sesuai untuk setiap jenis pengguna. Redmi Note 13 Pro+ 5G, Redmi Note 13 Pro 5G, Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13 kini boleh dibeli di semua official stores Xiaomi di Malaysia dan di kedai rasmi dalam talian Xiaomi di Shopee dan Lazada.

Raja Lepak

Read Previous

Merah Bertuah! Meriahkan Tahun Baru Cina Dengan Pesona Naga Di the Curve

Read Next

Trendy Dengan Rekaan Eksklusif 9060

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *