Apa yang baru di The Exchange TRX? Cawangan terbaharu New Balance gais!
Terletak di Aras 2, kedai konsep ini terbuka untuk para pengunjung menikmati pengalaman membeli belah yang mengutamakan komuniti dan bukan sekadar pada produk. Pengunjung kini bebas berkumpul dan mencari inspirasi daripada satu sama lain dalam menemui style masing-masing.
Konsep ini meletakkan New Balance di persimpangan sukan dan budaya, menampilkan pelbagai jenis barangan terpilih, serta penceritaan visual bersama produk untuk menyerlahkan sejarah dan pereka disebaliknya.
“Kedai ini mewakili satu langkah besar ke hadapan dalam cara kami berfikir tentang persekitaran kami Ia menampilkan koleksi yang lebih memfokus untuk pengguna yang lebih muda,” kata Ian Fitzpatrick, Pengarah Kanan Strategi dan Operasi Jenama Global di New Balance.
“Ruang itu tidak dibina untuk menceritakan semua kisah kami, hanya kisah yang paling relevan kepada pengguna kami – satu anjakan yang mencerminkan niat kami untuk menjemput pengguna baharu menemui jenama itu, mungkin buat kali pertamanya.” tambah beliau lagi.
Peminat New Balance jangan buang masa. Boleh berkunjung ke cawangan baharu ini dan rasai sendiri pengalaman yang luar dari kebiasaannya.