Perasan tak kalau ada sesuatu isu yang ‘pelik’, mesti ada je komen “Ini dekat negara/i Konoha, biasalah”? Dan biasa juga negara Indonesia dikaitkan dengan desa para Hokage ini.
Tapi kenapa?
Konoha atau singkatan daripada Konohagakure merupakan sebuah desa tersembunyi di Negara Api dalam siri Naruto dan secara umumnya Konoha dilihat sebagai desa ninja yang paling kuat.
Sebenarnya tak ada pun perkaitan secara rasmi antara Konoha dan Indonesia. Tetapi kenapa Konoha sering merujuk kepada Konoha adalah kerana barisan pemimpin Indonesia yang dikatakan mempunyai persamaan dengan barisan pimpinan kerajaan Indonesia.
Bermula daripada kelompok masyarakat yang terdiri daripada pelbagai ragam, malah jumlah pemimpin yang sama (7 Presiden) juga menjadikan Indonesia dikatakan sama seperti Konoha.
Malah ada juga yang mengatakan struktur landskap di Indonesia itu sama seperti yang ada di Konoha.
Selain itu, negeri Konoha juga boleh ditemui di Taman Rekreasi Nijigen no Mori, di Pulau Awaji, Jepun. Menampilkan tema yang sama seperti dalam siri anime popular ini, korang boleh rasai sendiri suasana persis seperti yang ditonton.
Bukan setakat figura-figura yang ada, tetapi ada juga pintu gerbang ke Konoha!