Rakyat Malaysia mesti pernah dengar kan istilah ‘lembu kondo’? Kalau diterjemahkan secara literal, mungkin ada yang mentafsirkannya sebagai lembu di kondo.
Btw, korang tahu tak yang lembu kondo tu sebenarnya real di China?
Seorang pemilik flat di China diarahkan untuk mengalihkan 7 ekor lembu miliknya yang diternak di bahagian balkoni rumahnya. Ini selepas jiran sekeliling merungut tentang bau dan bunyi bising yang terhasil.
Sebuah video clip yang tular di media sosial menunjukkan lembu-lembu tersebut menikmati makanan di perumahan lima tingkat itu. Dikhabarkan, lembu dalam lingkungan berat 10-20kg seekor tersebut sempat berada sehari di sana sebelum diminta untuk dialihkan oleh pihak berkuasa.
Kawasan perumahan ini merupakan kawasan penempatan semula penduduk luar bandar. Jadi, apabila cerita ini didedahkan di media sosial, ramai yang seakan ‘memahami’.