’Berak’ 3 Hari Sekali? Kajian Tunjuk Bukti Kesannya Pada Penuaan Otak

Dalam satu kajian yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Persatuan Alzheimer di Amsterdam, mereka yang buang air besar atau berak setiap 3 hari atau lebih memiliki sembelit kronik di mana ia dikaitkan dengan risiko penurunan kognitif subjektif 73% lebih tinggi.

Menurut Dr Chaoran Ma, pengarang pertama penyelidikan dan penolong profesor di Jabatan Pemakanan Universiti Massachusetts Amherst sembelit kronik telah dikaitkan dengan keradangan dan gangguan mental seperti kebimbangan (anxiety) dan kemurungan. 

Tetapi banyak soalan yang tidak terjawab mengenai hubung kait antara kesihatan pencernaan dan fungsi kognitif jangka panjang seperti belajar, berfikir, menaakul, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengingati dan memberi perhatian.

Dalam satu kajian yang melibatkan lebih 112,000 orang dewasa, mereka mendapati berbanding mereka yang memiliki rutin membuang air besar sehari sekali, kelompok yang sembelit mempunyai kognisi yang lebih teruk bersamaan dengan tiga tahun lebih penuaan kognitif kronologi.

Malah mereka yang membuang air besar lebih daripada dua kali sehari juga didapati ada peningkatan risiko ini, walaupun kemungkinan yang lebih tinggi ini adalah kecil.

Jadi berapa kerap seseorang itu perlu berak?

Menurut sumber Hello Doktor, tiada bilangan khusus atau tepat untuk menentukan jika seseorang itu membuang air besar secara normal kerana ia bergantung kepada individu. Sesetengah kajian berpendapat, membuang air besar tiga kali dalam sehari atau seminggu, ia masih dianggap normal.

Kadangkala, bukan kekerapan membuang yang menentukan tahap kesihatan seseorang tetapi konsistensi najis seseorang yang lebih banyak memberi petunjuk. Namun jika tidak buang air besar lebih dari tiga hari, disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian tahap kesihatan usus.

Gambar utama sekadar hiasan. Kredit: yrss via unsplash.com

Raja Lepak

Read Previous

’Cuci Mata’ Pun Kena Bayar, Ini Syarat Sebuah Kedai Runcit Untuk Pelanggan Mereka

Read Next

Penduduk Komplen Bau Busuk & Bunyi Bising Lepas Jiran Bela 7 Ekor Lembu Di Balkoni Kondo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *