Biasalah, sebelum membeli barang pastu kita akan meninjau terlebih dahulu kan? Kadang-kadang lain yang nak dibeli, lain yang dilihat sampai ada masa tak beli pun.
Kalau korang macam ni, haaa ketahuilah ada kedai runcit yang dah mula meletakkan caj kalau korang datang sekadar untuk cuci mata je.
Di Sepanyol, sebuah kedai runcit akan mengenakan bayaran sebanyak €5 kepada pelanggan yang datang sekadar untuk tengok-tengok. Mungkin kerana reka bentuk dalaman kedai yang vintage serta lokasinya yang berada di kawasan tumpuan pelancong menjadikan ia sebagai salah satu tempat lawatan ‘cuci mata’.
Ada juga pelancong yang masuk sekadar untuk mengambil gambar sahaja sehingga menjadikan pekerja dan pelanggan lain yang datang untuk membeli tidak selesa. Maka, cadangan yang bermula sebagai bahan lawak akhirnya dilaksanakan secara serius.
Bagus juga kan? At least, kalau pelanggan masuk tapi tak membeli ada juga income mereka. Malah dalam masa yang sama boleh ‘halau’ pelanggan yang sekadar ‘memenuhkan’ ruang sampai mengganggu pelanggan yang memang nak membeli.
Gambar utama sekadar hiasan. Kredit: Hanson Lu via unsplash.com