Walaupun litar memang dikhaskan untuk pemilik kenderaan uji kenderaan mereka, namun malang memang kita tak boleh jangka. Ada masanya kemalangan berlaku sehingga mengakibatkan kerosakan pada barang-barang yang ada di sana.
Pernah terfikir tak, kalau harta benda yang ada di sana rosak, siapa yang akan menanggung kerugian dan berapa kosnya?
Untuk pengetahuan korang, sebarang kerosakan yang berlaku dalam litar Sepang akan menyebabkan ‘kebocoran’ pada poket korang sendiri disebabkan ia tidak berada di bawah perlindungan insuran.
Menurut sumber daripada Hezeri Samsuri, ini adalah kos yang perlu dibayar bagi setiap kerosakan:
- Penghadang Armco: RM650.00/unit
- Penghadang tayar: RM450.00/lapisan
- Tiang: RM450.00/unit
Manakala jika kemalangan melibatkan harta kerajaan di jalan raya, jangan ingat korang terlepas daripada dikenakan sebarang bayaran ya. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menuntut ganti rugi daripada pihak insuran. Tapi kesannya nanti, harga pembaharuan insuran akan datang akan menjadi lebih mahal.
Jadi lepas ni, kena lebih berhati-hati demi masa depan poket yang cerah. Kalau dah tanpa sengaja melibatkan kerosakan, jangan buat tak tahu pula ya.