Perihal 5 Tabiat

Sedar atau tidak, kita semua pasti punya tabiat. Baik atau buruk itu belakang cerita. Tabiat yang baik tu memang wajarlah kita kekalkan, tapi yang buruk tu perlahan-lahan kenalah buang. Terutama sekali yang menjejaskan hubungan sosial antara kita dengan kawan rapat dan ahli keluarga. 

Pada aku sendiri, kalau nak senaraikan, ini 5 tabiat yang aku memang cuba untuk tukar (janji, aku cuba). 

Drama Korea 

Biasa layan satu episod dulu, lepas tu leka sampai terbabas 16 episod terus. Lagi parah bila drama tu ada 20 episod dan 3 musim. Demam bro! Masalah utamanya bila kegilaan ni kacau waktu tidur. Mengantuk dan kurang tenaga pada hari bekerja atau kuliah dah jadi normal. Sampai bila ahli keluarga atau kawan ajak lepak, tak larat nak layan. Jadi, sekarang aku cuba disiplinkan diri untuk tengok 5 episod je sehari. Maksimum tu! Sekurang-kurangnya aku masih boleh dapat rehat yang cukup dan masih ada masa untuk bersosial dengan orang-orang penting dalam hidup aku. Eonni dan oppa kenalah tunggu!

Junk food 

Kelemahan aku yang satu ni memang payah nak berhenti. Mulut aku ni memang kuat mengunyah. Masa kerja pun mesti ada keropok cikedis kat sebelah. Masa masuk kedai nak beli barang keperluan pun yang aku capai dulu makanan ringan. 

Sedap tu memang sedap tapi kalau aku tak perlahankan bende ni boleh jejaskan kesihatan aku di masa hadapan. Sebab tu aku tukar dah. Mulut masih aktif mengunyah, cuma sekarang ni pilihan aku adalah kekacang macam badam, kacang gajus, potongan lobak, batang saderi dan buah-buahan kering. Itu pun ikut had supaya tidak berlebihan. 

Telefon pintar 

Rasanya bukan aku sorang jer ada tabiat suka melekat dengan telefon. Naik gambar, komen posting member kat media sosial, atau main games daripada berinteraksi dengan individu sebenar. Itu belum kira berulang kali memeriksa mesej, e-mel, atau aplikasi lain yang ada di telefon masing-masing. 

Kawan-kawan ajak lepak pun aku sibuk main telefon. Dah kena bahan baru nak letak. Kadang-kadang tidur pun terganggu sebab asyik layan sosial media atas katil. Sampai waktunya aku nilai balik kerbergantungan pada teknologi moden ni, takut sampai jadi “nomophobia” (takut hidup tanpa telefon bimbit) pulak. Nak buang terus memang tak mungkin, jadi aku kurangkan penggunaannya. Waktu bersama keluarga dan kawan-kawan, masa makan, dan mesyuarat, aku dah tak pegang telefon sangat. Satu lagi, telefon tu aku letak jauh-jauh sekurang-kurangnya 1 jam sebelum aku masuk tidur. Digital detok ghitew! 

Online shopping 

Siapa yang tak pernah online shopping? Boleh dikatakan hampir semua orang pernah membeli barang atas talian. Mula-mula dulu beli 2-3 barang jer, itu pun ikut keperluan. Lama-lama lain pulak jadinya. Bila keluar nombor 1.1, 2.2, 3.3, tangan aku gatal je nak tekan butang check-out tu! Tabiat ini bukan sahaja jejaskan hubungan dengan pasangan tapi juga ganggu situasi kewangan aku. Kalau dulu boleh juga menabung, tapi bila selalu sangat online shopping ni, jumlah tabungan makin berkurangan. 

Masa tu baru sedar ketagihan ni bawa lebih banyak keburukan. Sekarang aku hadkan pembelian pada 1 hingga 3 kali jer sebulan. Itu pun sekiranya ada keperluan. 

Merokok 

Semua orang tahu tabiat merokok tu boleh memudaratkan kesihatan. Dah lah berbau. Rokok tu kan dibakar, mestilah ada bau asap. Perokok tegar macam aku confirm pernah kena tegur pasal bau asap walaupun sudah berjam selepas merokok. 

Tapi ketagihan merokok ni tak senang untuk diatasi. Nak cuba yang lain pun tak semestinya akan kena. Sesusah macam mana pun, aku tetap nekad nak berubah ke alternatif. Aku dah tak mahu yang bakar-bakar. Kalau mengikut pelbagai pakar, punca utama penyakit berkaitan dengan merokok datang dari asap rokok yang mengandungi bahan kimia yang terhasil melalui proses pembakaran. 

Jadi aku cubalah bertukar ke IQOS. IQOS adalah peranti pemanas tembakau yang memanaskan batang tembakau tanpa membakarnya. Walaupun cara dia lain daripada rokok konvensional, kepuasan rasa tembakaunya tetap ada. Bukan setakat tu jer, sebab tiada proses pembakaran, jadi tak ada bau asap atau abu yang terhasil. Orang sekeliling pun tidak ada sebab untuk merungut pasal bau asap yang busuk dan melekat pada pakaian atau fabrik di rumah. Lagi pun, bahan kimia yang dikeluarkan daripada alternatif ini jauh lebih rendah berbanding rokok*. 

[Maklumat Penting : IQOS bukan bebas risiko]

Pengurangan pada tahap purata pelbagai bahan kimia berbahaya (tidak termasuk nikotin) berbanding dengan asap rokok rujukan. Lihat “Maklumat Penting” di IQOS.com 

Cuma jangan salah anggap bahawa IQOS adalah alat untuk membantu proses berhenti merokok, ia adalah alternatif untuk menggantikan rokok tanpa kompromi terhadap kepuasan rasa tembakaunya. Ketahui lebih lanjut di sini. Mereka yang bukan perokok, jangan cuba-cuba ya.

Ikuti IQOS di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini. 

Raja Lepak

Read Previous

3 Cara Pilih Seat Paling Best Dalam Wayang Untuk Sound & Tontonan Terbaik

Read Next

Bunuh Tutor Lepas Menyamar Sebagai Budak Sekolah, Wanita Terpengaruh Perasaan Ingin Tahu Bagaimana Jenayah Dibuat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *