Alamat Rumah Ditukar Dalam Google Maps, Tuan Rumah Tulis Note Biadap Atas Parcel Serik Dikecam Netizen

Bekerja sebagai rider memang banyak cabarannya. Kena layan kerenah pelanggan yang pelbagai, ada juga pelanggan yang menunjukkan sikap tidak sopan terhadap rider dan memandang rendah kerjaya ini.

Seperti yang tular baru-baru ini, satu parcel menjadi viral. Bukan kerana ia rosak atau mengandungi barang rare, tetapi mesej yang diletakkan pada bahagian alamat telah mengundang kecaman daripada netizen.

“rumah betul-betul follow maps, kalau bod0h tengok maps jangan jadi rider”

Selepas tular, individu yang juga merupakan pemilik alamat berkenaan telah melakukan permohonan maaf menerusi seorang pengguna Facebook. Mungkin kerana berang dengan kebiadapan tuan rumah, netizen telah mengambil jalan sendiri menghukum tuan rumah termasuklah menukar alamat rumahnya kepada nama yang bukan-bukan di Google Maps.

“Untuk pertama kali dalam hidup saya dikecam macam ni, tak tahu macam mana nak keluar dari semua ini selain berdoa agar Allah menutup aib saya. Jika saya miskin adab bang, apa beza dengan mereka yang mengecam?”

Turut mengakui khilaf terlalu emosi kerana rider sebelum ini selalu tersalah hantar barang miliknya ke rumah orang lain, identiti tuan rumah bagaimanapun dirahsiakan.

Lepas ni kalau nak buat sesuatu mungkin kena berfikir dahulu. Zaman viral ni, kena ambil extra precaution. Apa-apa pun, biarlah mati adat bukan mati adab okey?

Facebook: Shahruddin Helmy – Eddie

Raja Lepak

Read Previous

Dashcam Rakam Tesla Rempuh Kereta Di Jalan Raya Malaysia

Read Next

Jackie Chan Pandai Cakap Melayu, Kini Jadi Gamer Di TikTok?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *