Mokti’s Mendonia, Dari Perlis Kini Buka Cawangan Pertama Di Turkiye

Sebut je Mokti’s semua orang tahu yang jenama ini signaturenya aiskrim gula apong. Dengan rasa berlemak dan aroma yang unik, ramai yang menggemari aiskrim ini termasuklah golongan warga emas.

Setakat tahun 2022 sahaja, Mokti’s dah ada 85 cawangan di seluruh negara dengan tawaran 69 jenis produk dan diiktiraf sebagai jenama bumiputera terbaik menerusi anugerah ‘The Brand Laureate 2022’!

Dan 2023 menjadi tahun Mokti’s mendoniya dengan membuka cawangan pertamanya secara rasmi di Lüleci Hendek Cad. Hacımimi Mah, Istanbul, Turkiye. Dalam satu sharing di media sosial, pengasas jenama ini, Siti Fatimah berkata ini adalah yang pertama di luar negara dan bukanlah yang terakhir InshaAllah.

Kredit: Mokti’s Turkiye

Paling orang suka pasal Mokti’s ialah aiskrimnya tak menggunakan langsung gula putih, sebaliknya kandungi 95% gula apong yang dibawa khas dari Sarawak dan 5% lagi adalah susu bagi mengekalkan keaslian juadah itu.

Kalau korang belum try, maybe boleh try. Kalau tanya apa menu terlaris Mokti’s, jawapannya ialah Mixed Pandan Apong.

Facebook: Mokti’s Turkiye

Raja Lepak

Read Previous

Prank Menyamar Jadi Pegawai Polis Di Balai Bawa Padah, Pemuda Ditahan Reman

Read Next

Merokok bukan isu panas yang membakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *