Scammer Salah Pilih Mangsa, Ini Reply Menteri Komunikasi & Digital Selepas Dimasukkan Ke Dalam Group Scam

Pernah tak korang secara tiba-tiba dimasukkan ke dalam group Whatsapp yang korang syak tu group scam? Mesti pernah kan? Biasanya kerja yang dorang suruh buat tu berkaitan dengan like atau share posting di media sosial.

Tak terkecuali, YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital juga turut menjadi salah seorang ‘mangsa’ yang dimasukkan ke dalam group Whatsapp ini.

Dalam satu sharing di Twitter, YB berkongsi rasa terkejut beliau bagaimana nombor peribadinya boleh dimiliki mereka dan semudah itu beliau dimasukkan ke dalam kumpulan berkenaan.

Terus memaklumkan kepada pihak PDRM dan SKMM dan meninggalkan mesej di group itu supaya mangsa scam menghubungi talian 997 untuk tindakan lanjut berkenaan group tersebut , YB bagaimanapun terus ‘ditendang’ keluar daripada situ.

Isu besar di sini, kalau nombor YB pun scammer boleh dapat akses, bagaimana pula dengan orang biasa yang lain kan?

Twitter: @fahmi_fadzil

Raja Lepak

Read Previous

Agaknya Baru Nak Cuak Dapat Job Area Kubur, Rider Lega Rupanya Memang Ada Yang Order

Read Next

Bukan Milik TM, Ini Sebenarnya Pemilik Menara KL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *