Lepas Bertahun Terbiar, Banglo Misteri Di Bukit Gasing Akhirnya Terjual Dengan Harga RM4.4 Juta

Setelah bertahun dibiar sepi tanpa pembeli dan menjadi misteri, akhirnya banglo mewah yang terletak di Bukit Gasing ini berjaya dijual dengan harga RM4.4 juta.

Selalu dikaitkan dengan unsur-unsur misteri, ramai yang berpendapat pemilik baru banglo ini seperti mendapat durian runtuh kerana jika mengikut pasaran semasa, nilai hartanah ini boleh mencecah puluhan juta ringgit!

Kalau nak tahu antara kyang sering dikaitkan dengan banglo ini ialah kes pembunuhan dan ritual mistik sehinggalah kepada kewujudan entiti makhluk halus.

Menurut seorang pengguna Facebook, Muhamad Ishaq, banglo mewah ini dipercayai milik Raymon Goh atau lebih dikenali sebagai Shihan Goh. Pada 15 Mac 2013, Raymond menggadaikan hartanah mewah ini kepada pihak bank.

Juga dikatakan, Raymond merupakan master jiu-jitsu dan merupakan seorang penganut agama Kristian yang kuat berdasarkan kepada beberapa tanda salib yang dijumpai di rumah tersebut dan juga pernah menerbitkan sebuah buku berkaitan dengan agama Kristian.

Harapnya selepas ini, dapatlah kita lihat banglo ini bernyawa kan? Teringin juga nak tahu siapa pemilik baru banglo ini.

Raja Lepak

Read Previous

Baru Buka Dah Terkoyak, Netizen Bengang Dengan Kualiti Cikai Teruk Pelekat Roadtax

Read Next

Protected: Merokok tanpa asap? Peralihan dari rokok konvensional

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *