Banyak Kejadian Dalam Satu Video, Netizen Tak Tahu Mana Satu Nak Kesian

Di media sosial, kita akan selalu diupdate dengan berita-berita kemalangan yang berlaku. Tak terkecuali di Malaysia, kalau ada kemalangan pastinya akan ada yang berada di sana bukan sahaja untuk memberikan bantuan, tetapi juga menjadi ‘penonton’.

Sama juga macam sebuah video yang muncul di FYP Tiktok ini. Walaupun video berkenaan sebenarnya merakamkan kejadian kereta berasap, namun jika diteliti ada beberapa kejadian lain yang melucukan terjadi.

Sampai ada netizen yang memberikan komen, “tak tahu nak nangis ke nak kesian.”

Mana tidaknya, dalam video itu jugalah ada kejadian abang terhantuk board papan tanda, dan dalam masa sama ada yang sampai terjatuh separuh badan ke dalam longkang dek kerana terlampau khusyuk menjadi penonton.

Mata kita ni terus jadi tak fokus nak pandang yang mana satu. 

Kredit: TikTok johnkelabu03

Raja Lepak

Read Previous

Dibandingkan Harga Lebih Murah Berbanding Econsave, Netizen Respek Jawapan Tenang Boss Mydin

Read Next

Baru Buka Dah Terkoyak, Netizen Bengang Dengan Kualiti Cikai Teruk Pelekat Roadtax

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *